|
KUALA LUMPUR: Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi membuktikan kehebatannya di pentas dunia apabila muncul juara Kejohanan Para Powerlifting Dunia 2025 di Kaherah, semalam sekali gus melakar sejarah manis sebagai juara dunia empat kali berturut-turut. Atlet berusia 26 tahun itu mempamerkan kekuatan luar biasa pada aksi final kategori lelaki bawah 72 kilogram apabila melakukan angkatan terbaik seberat 230kg, menewaskan pesaing utama dari China, Zhang Pingkang (222kg) dan peserta Britain, Mark Swan (217kg). Lebih manis, badang kerdil negara itu turut mengungguli kategori jumlah angkatan keseluruhan dengan catatan 672kg, jauh meninggalkan Amir Jafari Arangeh dari Iran (581kg) dan Swan (427kg), sekali gus menghadiahkan dua pingat emas kepada Malaysia. Kejayaan luar biasa itu bukan sekadar mengekalkan statusnya sebagai atlet para elit dunia, malah mengukuhkan reputasinya sebagai antara atlet paling konsisten dalam sejarah sukan para powerlifting selepas turut menjuarai edisi 2019, 2021, 2023 dan kini 2025.
Menariknya, prestasi kali ini diraih meskipun sedikit di bawah rekod dunianya, 232kg yang dicipta ketika meraih emas di Paralimpik Paris 2024. Namun kekuatan mental dan teknik angkatan sempurna sudah cukup untuk mengekalkan dominasi globalnya. Kemenangan di bumi Mesir itu sekali lagi membuktikan Malaysia masih kekal sebagai kuasa besar sukan para powerlifting dunia. Kejohanan edisi kali ini menghimpunkan atlet dari 70 negara yang berentap memburu pingat serta kelayakan ke Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA28). Dengan kejayaan ini, Bonnie kini mengumpul empat gelaran dunia, dua kejuaraan Paralimpik, satu emas Komanwel, tiga emas Piala Dunia dan satu emas Para Asia menjadikannya antara atlet para paling berjaya dalam sejarah sukan negara. Sumber – Buletin TV3 |
sharlenetexas replied at 14-10-2025 09:23 PM
Tak kena buasirkah?

nusaraya replied at 16-10-2025 06:19 PM
Lagi-lagi atlet berbangsa Cina yang dipandang rendah dan pendatang yang membuat harum nama MalayDesh ...

ADVERTISEMENT