|
Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tidak menafikan ada sisi feminin dalam dirinya namun dia sendiri tidak mahu menjadi sedemikian. Memetik Oh Bulan, Aliff berkata sejak kecil lagi dia banyak bergaul dengan golongan wanita dalam kalangan ahli keluarganya dan jika boleh memilih dia mahu menjadi seperti aktor Rosyam Nor. “Ramai yang tanya kenapa saya lembut? Saya tidak menafikan dan saya sendiri tidak mahu jadi lembut. Kalau boleh memilih, saya nak jadi macam Rosyam Nor atau Aaron Aziz. Tapi, apakan daya, takdir Allah, suara saya tak boleh diubah,” katanya. Sementara itu, Aliff turut berseloroh jika takdir boleh diubah dia mahu menjadi ‘lelaki Melayu terakhir yang dilihat gagah serta maskulin dan mahu mengalahkan aktor, Meerqeen. “Kalau takdir boleh dibayar, saya akan mohon pada Allah nak jadi lelaki Melayu terakhir. Tak perlu la jual jamu lagi, mungkin saya boleh tewaskan Meerqeen dan yang lain,” katanya.
Tambah Aliff lagi, ketika kecil dia sering bermain permainan yang sinonim dengan kanak-kanak perempuan seperti ‘main pondok-pondok’ serta membesar dengan rakan-rakan yang kebanyakannya perempuan. “Orang dulu-dulu duduk satu kampung makcik, pakcik, sepupu semua berdekatan. Dalam ramai-ramai itu, cuma tiga atau empat orang saja lelaki, selebihnya perempuan. Jadi saya membesar dengan kawan-kawan perempuan. “Saya membesar dengan suasana main pondok-pondok, masak-masak, rasa macam saya pun wanita. Mungkin sebab itulah saya nampak lebih feminim, tapi itu bukan bermakna saya tidak menjadi lelaki,” katanya. Sumber – Oh Bulan, Rotikaya |
L.U.S.M: Dia ni betul ke disleksia?Nmpk mcm gila duit attention seeker and narc jeAsik nk jadi terpaling in everything
ADVERTISEMENT