CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes jangkitan influenza di MRSM menurun – Asyraf Wajdi

14-10-2025 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 358| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR: Kes jangkitan influenza dalam kalangan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menunjukkan penurunan daripada 2,724 kes kepada 1,290 kes di seluruh negara.

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan perkembangan itu menerusi hantaran di Facebooknya.

“Alhamdulillah, nampak ‘trend’ penurunan kes jangkitan influenza dari 2,724 kepada 1,290 pelajar MRSM seluruh Malaysia.

“Pembelajaran dan pengajaran dalam talian (PDPR) akan terus dilaksanakan di 34 MRSM sehingga diputuskan rantaian jangkitan. Tolong doakan ya!,” katanya.

Sebelum ini, Asyraf memberitahu, 34 MRSM melaksanakan PDPR susulan penularan jangkitan influenza dalam kalangan pelajarnya.

Asyraf dilaporkan berkata, langkah proaktif berkenaan diambil pengurusan MARA selepas setiap MRSM berkenaan mencatatkan jangkitan influenza melebihi 50 kes.

“Sejak penularan kes berlaku, pengurusan MARA sudah mengarahkan semua pengetua MRSM mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa terjamin.

“Antara langkah yang dilaksanakan termasuk memberikan rawatan segera kepada pelajar yang mempunyai simptom influenza di klinik kesihatan atau hospital, mengasingkan pelajar yang sakit daripada yang sihat serta memastikan pemakaian pelitup muka,” katanya.


Sumber  – Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 15-10-2025 05:09 PM
syukur...berkat warden pesara askar harapkan munteri jangan kacau guru kami hmm
Quote laqoyah 7-11-2025 10:33 AM
Lega

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049676 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top