CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amad Tiba-Tiba Rebah, Shuib Tak Nafi Gangguan Mistik

14-10-2025 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 754| Komen: 8

 


Pelawak dan usahawan, Shuib simpati melihat penyanyi Amad yang rebah sebelum selesai persembahan di Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) malam tadi.

Memetik mStar Online, Shuib berkata dia menerima panggilan kecemasan daripada bapa tiri Amad yang bertanyakan mengenai pengamal perubatan Islam yang dikenalinya ketika siaran langsung.

“Sewaktu Auddra buat persembahan tiba-tiba Idan (panggilan bapa tiri Amad) hubungi saya ketika itu masih siaran langsung. Dia tanya fasal kawan saya yang Ustaz dan beritahu keadaan Amad tidak baik.

“Saya terkejut dan bila beritahu Saerah dia terus cemas. Jadi bila Auddra habis buat persembahan saya terus ke belakang dan lihat keadaan Amad memang saya sedih dan bersimpati,” katanya.

Sementara itu, Shuib berkata selepas Amad selesai membuat persembahan dia melihat keadaan anak Siti Saerah itu agak membimbangkan namun pasukan perubatan memberitahu kesihatannya dalam keadaan baik.


“Bila habis persembahan saya dan Saerah pergi ke belakang pentas lihat keadaan dia, memang kesian. Kasut dan baju dia sudah dibuka untuk beri ruang bernafas. Pasukan perubatan pun ada ketika itu dan bila diperiksa semuanya dalam keadaan baik saja,” katanya.

Tambah Shuib lagi, dia tidak terkejut sekiranya kejadian terjadi kepada Amad adakaitan dengan gangguan mistik memandangkan dia sendiri pernah berdepan situasi yang sama ketika arwah isterinya, Siti Sarah bertanding di pentas sama ketika Gegar Vaganza.

Bagaimanapun, Shuib berkata dia percaya setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan menjadi pelajaran buat orang ramai.

“Tapi saya tidak terkejut sangat dengan tempat ini sebab saya pun ada peristiwa mendukung Siti Sarah di sini. Saya harap Amad tidak putus asa, rezeki dia murah sebab orang buat dia macam itu mesti ada hikmah,” katanya.

Sumber  – mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 14-10-2025 03:40 PM
Amad burned out. Berminggu dia komited pada rancangan ni.
Tolong lah, sikit2 mistik. Dah 2025 kot
Quote I.K.A888990 14-10-2025 03:54 PM
mistik ke pebenda lah yg penting anak kau tu asyik je lah sakit tgknya

takyah kerah tenaga anak2 tu mcm robot sgt..tau hang yg nak jadi retis sebenarnya kan...

Quote jihyomelly 14-10-2025 06:15 PM
iols rasa kesian sbb di perah sampai xde apa dah hilang tenaga budak tu..maybe dah burn out sampai nak rebah…kalau x sihat jgn la paksa anak tu..kalau betul mistik rawat la budak tu kesian
Quote noor2 14-10-2025 06:38 PM
Mistik apa kebenda nyaaaaaa...kalau aku duk tempat bising terjerit2, terloncat2 dgn muzik yg kuat aku pun pengsan....
Quote gekkou 14-10-2025 06:39 PM
semua salah hantu syaitan bunian
mak pak tak pernah salah
ke anaknya drama lebih? minta perhatian
Quote Purestteam1 14-10-2025 06:42 PM
mesti haters dlm forum ni antau..hahaha... just joke
Quote Hoola 14-10-2025 06:49 PM
Edited by Hoola at 14-10-2025 06:51 PM

achik hoola xpnh tgk dan amik tau rncng ni
amad ni sapa ank sapa btndung jg ke
yet to google for info

apapun dh buat pertandign nk hepi2
mistik pulop

dok tiam2 dh la maknusia oiiii
Quote fattymah 14-10-2025 08:34 PM
Trending.. masyuk.. bak kata toklip netizen suka kuta tunggang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033167 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top