|
KUALA LUMPUR: Statistik kes buli di institusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilaporkan meningkat secara ketara dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, dengan hampir 70 peratus membabitkan pelajar sekolah menengah. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata sebanyak 7,681 kes direkodkan tahun lalu menerusi Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), berbanding 6,528 kes pada 2023 dan 3,883 kes pada 2022. Beliau berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kelmarin, sebanyak 129 kes buli dilaporkan sejak Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025 dikuatkuasakan, selaras dengan usaha menangani buli secara lebih efektif dan menyeluruh. Mohd Khalid berkata, PDRM menyokong penuh usaha kerajaan membanteras kegiatan buli, khususnya di sekolah, bagi memastikan institusi pendidikan kekal selamat dan bebas daripada salah laku pelajar.
“Mangsa buli berisiko mengalami kesan fizikal, mental dan emosi dalam tempoh panjang. Mereka juga boleh mengalami trauma yang menjejaskan prestasi akademik,” katanya ketika melancarkan Kempen Anti Buli di sini, hari ini. Turut hadir ialah Timbalannya, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad. Menurutnya, murid digalakkan melaporkan kejadian buli melalui saluran rasmi seperti aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), manakala ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak-anak dan segera menghubungi pihak sekolah atau polis sekiranya terdapat tanda mencurigakan. Dalam sidang media, beliau berkata pelaksanaan Kempen Anti Buli juga bertujuan mengukuhkan kerjasama antara PDRM dan KPM, selain mewujudkan sinergi dengan pihak sekolah dan ibu bapa. PDRM turut menempatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di setiap sekolah bagi membolehkan tindakan awal diambil sekiranya berlaku insiden tidak diingini. Sumber – Buletin TV3 |
riyadhK replied at 14-10-2025 05:05 PM
Bukan meningkat pon sebenarnya ,sebelum ni dh ada cuma byk yg masuk bawah karpet, dalam longkang, di ...
ADVERTISEMENT