CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keselamatan sekolah di Selangor dipertingkat segera – Menteri Besar Selangor

14-10-2025 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 210| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan komuniti setempat bagi meningkatkan tahap keselamatan di semua sekolah di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata beliau telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, yang memaklumkan siasatan terhadap kes seorang pelajar perempuan maut ditikam oleh pelajar lelaki di sebuah sekolah di Bandar Utama, hari ini, sedang dijalankan.

“Saya dimaklumkan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes ini dengan serius dan tidak terdapat sebarang unsur perkauman.

“Sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak kita. Saya tidak dapat membayangkan situasi yang sedang dilalui oleh ibu bapa mangsa. Semoga mereka diberikan kekuatan dan perlindungan dalam menghadapi tragedi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada masa sama, Amirudin turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, sambil menyifatkan kejadian itu amat menyayat hati sebagai seorang bapa yang juga mempunyai anak.

Beliau berkata, isu keselamatan pelajar serta sokongan kesihatan mental akan menjadi antara agenda utama dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terdekat bagi memastikan kesejahteraan pelajar sentiasa terjamin.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam oleh pelajar lelaki Tingkatan Dua dalam kejadian sekitar jam 9.30 pagi di sekolah berkenaan.

Suspek dipercayai membawa senjata tajam, disyaki pisau, ke sekolah sebelum insiden itu berlaku.

Sumber  – Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 14-10-2025 04:02 PM
Jepun....
Quote Inigo-Montoya 15-10-2025 05:09 PM
jadi satu kes kecoh jap lepas tu senyap
Quote Skuau 15-10-2025 05:46 PM
bila 'citer'...'ADOLESCENCE'(Netflix)...'benar2'..berlaku.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.028893 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top