CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes tikam pelajar: KPM ucap takziah, tubuh jawatankuasa khas - Fadhlina Sidek

14-10-2025 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1099| Komen: 27

 


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar yang maut ditikam di sebuah sekolah menengah di Selangor, hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, turut mendoakan keluarga mangsa diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian itu.

“Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi memastikan semua aspek terkait kes ini dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

“Kes ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. Suspek telah ditahan polis. KPM akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan
yang sedang berjalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) telah digerakkan ke sekolah berkenaan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada pelajar, guru dan seluruh warga sekolah yang terkesan dengan insiden itu.


Sumber  – Buletin TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 14-10-2025 06:17 PM
banyak betul kes aneh time sheols ni

tak habis satu press conference, baru nak sejuk sikit, kena pegi kes lain pulak
Quote sharlenetexas 14-10-2025 06:19 PM
PULANGKAN replied at 14-10-2025 06:17 PM
banyak betul kes aneh time sheols ni

tak habis satu press conference, baru nak sejuk sikit, kena pe ...

Esok kes apa pulak gamaknya?


Quote adelea 14-10-2025 06:30 PM
Bukan la nak tunggang agama
Tapi katanya makin beriman makin besor ujian
Quote kemaruk 14-10-2025 07:01 PM
adelea replied at 14-10-2025 06:30 PM
Bukan la nak tunggang agama
Tapi katanya makin beriman makin besor ujian

Ini bukan ujian

Ini bala
Quote adelea 14-10-2025 07:31 PM
kemaruk replied at 14-10-2025 07:01 PM
Ini bukan ujian

Ini bala

yakin nya kamu
Quote Tiggybiru 14-10-2025 08:25 PM
Tudia aih nk kena homeschool ka lepasnih
Quote ultra78 14-10-2025 08:36 PM
Ini adalah generasi anak-anak yang membesar dengan gajet,tablet dan internet tanpa tapisan. Ini bukan masalah siapa jadi menteri. Tapi sesiapa sahaja yang menjadi menteri akan hadapi masalah sama.
Quote aaz 14-10-2025 08:54 PM
kemaruk replied at 14-10-2025 07:01 PM
Ini bukan ujian

Ini bala

Bala tu ujian lah. Dalam bahasa arab, ibtila'
Quote kemaruk 14-10-2025 09:02 PM
aaz replied at 14-10-2025 08:54 PM
Bala tu ujian lah. Dalam bahasa arab, ibtila'

Abes tu doa tolak bala tu ape?

Sama ke dengan doa tolak ujian?
Quote shida81 14-10-2025 09:05 PM
PULANGKAN replied at 14-10-2025 06:17 PM
banyak betul kes aneh time sheols ni

tak habis satu press conference, baru nak sejuk sikit, kena pe ...

Baru nk ckp bende yg sama.. Byk betul masaalah time dia ni.. Bkn nk salahkan dia.. Tp mcm kerap Sgt.... Yb fadhlina mungkin blh Cuba mandi air bunga bawah jambatan time hujan rintik2 time remang2 senja
Quote aaz 14-10-2025 09:48 PM
kemaruk replied at 14-10-2025 09:02 PM
Abes tu doa tolak bala tu ape?

Sama ke dengan doa tolak ujian?

“Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu (لَنَبْلُوَنَّكُمْ) dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan...”
(Surah al-Baqarah, 2:155)

Doa tolak bala
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلَاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَسُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَةِ الْأَعْدَاءِ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada bala yang berat, kesengsaraan, takdir yang buruk, dan kegembiraan musuh atas kesusahan diriku.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Doa ni tanda adab dan tawadu' kita kepada Allah. Hidup ni tak dapat elak dari ujian, tapi kita mohon dijauhi ujian /bala' yang tak mampu atau berat untuk kita tanggung. Dalam konteks bahasa Melayu, biasa kita guna bala ni untuk.musibah atau bencana yang besar
Quote B40tastePosh 15-10-2025 03:33 AM
Dia ni tak habis habis Ucap Takziah, Takziah, Takziahhh je

Tapi mata dia dah kurang terjegil.
Quote B40tastePosh 15-10-2025 03:34 AM
PULANGKAN replied at 14-10-2025 06:17 PM
banyak betul kes aneh time sheols ni

tak habis satu press conference, baru nak sejuk sikit, kena pe ...

Kena suruh dia mandi air kelapa bakar, buang sial, atau mandi bedakah.
Quote B40tastePosh 15-10-2025 03:46 AM
kemaruk replied at 14-10-2025 09:02 PM
Abes tu doa tolak bala tu ape?

Sama ke dengan doa tolak ujian?

Doa tolak bala tu caranya guna jari telunjuk tolak dahi sendiri...ulang banyak kali

Sebut "Delete Delete Delete Delete...."
Quote Buritan 15-10-2025 04:15 AM
Sian plk aku dgn faflina ni.. lps satu satuuu.. masa pmx jd menteli penfidikan ade je kes bumuhhh.. dia mai sekolah tuu bawak rotan.. bdk bdk yg membuli dan membunuh tuu kena la rotan dgn pmx.. masa tuu semua puja pmx menteli pendidikan plg bagusss..

Ni tak leh rotan.. lntk hangpa laa.. esok esok plk budak bwk pistol pi tembak mcm main game..

Belajo makin susah kbat kbot.. budak makin tak manpu ikut sukatan.. mak ayah suh budak pndai.. ckgu pun suh bfk pndai.. ujung ujung bdk stresss sbb rasa tak berguna pi sekolah..

Quote cm_vungtau 15-10-2025 07:20 AM
Edited by cm_vungtau at 15-10-2025 07:21 AM

Dia ni tak best lah. Takde excitement bila tengok dia. Respon pun lambat. Ayat pun semua cliche
Quote zehra2 15-10-2025 08:22 AM
kami ni bekerja dgn budak² sekolah. kalo dah bertahun² dlm dunia persekolahan ni, kami boleh beza kan vibes budak sekolah dulu dan skrg.
pendidikan bermula dari rumah. kat skolah tu berapa jam je.
mcm mana acuan, begitu lah kuih nya. kalau dah jenis genetik kurang ajar dirumah parents tk boleh kawal.. ingat kat skolah, budak tu nak dengar nasihat cikgu ke.
contoh.. kenapa cikgu nk suruh saya solat? mak bapak saya pun tk solat.
sedangkan harapan kita moga dia solat. sekurang² nya zohor semasa dlm sesi persekolahan.
Quote cm_vungtau 15-10-2025 09:24 AM
Edited by cm_vungtau at 15-10-2025 10:59 AM

Sudahlah kesiankan mak bapak parents autistic and masukkan sekolah biasa. Effect dia pada orang lain. Mak bapak bebudak autistic ni pun ada yang anak ko sogokkan dengan game 24 jam, tengok benda2 tak berfaedah, tak diajar adab macam orang lain. Sekolah pun kena firm la kalau betul budak tu autistic. Tak adil untuk orang lain
Quote terma2nkondisi2 15-10-2025 12:36 PM
ok la ni.. nampak la menteri/kementerian ambil pengajaran drpd kes adik zara.. ada bagi komen dan usaha tertentu.. sekurang2nya komunikasi dgn awam mcm ni ada bagusnya juga

tapi tu la.. kalau ikut logik walanon, bagi komen mcm ni akan dikatakan sbg mendahului mahkamah kata walanon.. sub judice katanya.. apa ke bingainya pemikiran seekor walanon

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055428 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top