CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Zaliha nafi berbohong isu Kampung Sungai Baru

14-10-2025 09:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 479| Komen: 11

 


PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa meminta Tan Sri Annuar Musa mengemukakan bukti bahawa beliau berbohong serta memesongkan fakta berkenaan isu Kampung Sungai Baru.

Dr. Zaliha berkata, fakta yang beliau bentangkan berkenaan Kampung Sungai Baru ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu adalah bersandarkan dokumen rasmi kerajaan yang direkodkan.

Justeru, Dr. Zaliha meminta Annuar mengemukakan bukti beliau memesongkan fakta kerana integriti Dewan Rakyat tidak boleh dipermainkan dengan tuduhan yang tidak bersandarkan asas.

“Saya terpanggil menjawab tuduhan Annuar yang mendakwa konon saya telah berbohong kepada Parlimen, melakukan fitnah dan memesongkan fakta dalam Sesi Penerangan Menteri pada 9 Oktober 2025.

“Tuduhan yang dilemparkan adalah satu fitnah yang serius yang mencalar reputasi saya sebagai seorang menteri, malah adalah percubaan merendahkan integriti Parlimen itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dr. Zaliha sebelum ini memaklumkan kepada Dewan Rakyat, keputusan berkaitan kelulusan pewartaan membabitkan Kampung Sungai Baru mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) pada 2021 dibuat dalam tempoh tiga hari.

Beliau dipetik sebagai berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas permohonan mengambil alih tanah berkenaan termasuk kediaman flat dan lot teres, dikemukakan pemaju kepada Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)

Justeru, katanya, kewajaran kelulusan secara tergesa-gesa yang menyebabkan semua tanah terbabit menjadi hak milik pemaju perlu diajukan kepada Annuar sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu.

Annuar bagaimanapun menyifatkan kenyataan tersebut sebagai ‘mislead’ di Parlimen dan memberi notis kepada Dr. Zaliha untuk menjelaskan dan mengulangi tuduhan itu secara bersemuka dengannya di luar Parlimen.

Dr. Zaliha berkata, fokus Kerajaan Madani pada masa ini adalah memastikan penduduk yang telah bersetuju kembali semula ke Kampung Sungai Baru dengan segera dan memperoleh hak yang sewajarnya.  


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abahmung 14-10-2025 11:51 AM
Edited by Abahmung at 14-10-2025 11:54 AM

Isu Kampung Sungai Baru: Pewartaan tanah dilulus zaman Annuar Musa, perlu penjelasan - Syed Badli Shah
MUKHRIZ MAT HUSINMUKHRIZ MAT HUSIN
11 Oktober 2025




SHAH ALAM - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa digesa memberi penjelasan berhubung pewartaan berkait isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru.

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, pewartaan melibatkan seksyen 4 dan seksyen 8 akta pengambilan tanah itu diluluskan oleh Annuar sendiri ketika beliau memegang portfolio sebagai menteri wilayah.

"Beliau (Annuar) perlu menjelaskan bagaimana pewartaan itu boleh diluluskan ketika zaman beliau berkuasa, terlebih lagi apabila mantan menteri wilayah selepas beliau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mempersoalkan kewajaran pewartaan itu diluluskan dalam tempoh singkat.

"Justeru, saya menggesa Annuar untuk tampil memberikan penjelasan penuh berkaitan isu Projek Pembangunan Sungai Baru dengan mengambil rasa tanggungjawab terhadap penduduk yang terjejas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Annuar Musa


Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mendedahkan pewartaan pengambilan tanah melibatkan Kampung Sungai Baru mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 pada 2021 dibuat secara tergesa-gesa dalam tempoh hanya tiga hari.

Annuar menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat memberikan dua pilihan kepada Dr Zaliha berhubung penjelasan isu Kampung Sungai Baru di Parlimen, termasuk cadangan supaya mengulangi kenyataannya menerusi satu platform audio siar pada minggu depan.


Cadangan lain adalah, Annuar akan mengulas isu tersebut pada suatu sidang pasca Kabinet oleh Dr Zaliha pada Rabu depan.

Syed Badli Shah berkata, tindakan Annuar yang mencabar untuk bersemuka di dalam platform audio siar disifatkan sebagai perbuatan membuang masa dan cubaan mengalihkan isu.


"Apa yang didedahkan oleh Dr Zaliha berkaitan proses pengambilan tanah Sungai Baru melibatkan pewartaan menerusi seksyen 4 dan seksyen 8 akta pengambilan tanah yang berlaku ketika Annuar bergelar Menteri Wilayah, adalah berdasarkan fakta dan rekod kementerian.

"Annuar sepatutnya tampil menjelaskan lebih awal lagi dan bukannya berdiam diri seperti seorang pengecut yang berselindung di sebalik watak-watak antagonis yang kononnya menyalahkan Kerajaan Madani," ujarnya.


Quote Inigo-Montoya 15-10-2025 05:10 PM
habis tanah melayu
Quote Dalcott 15-10-2025 05:48 PM
lg tak leh caya annuar ni. byk kes
Quote tripleid 15-10-2025 06:36 PM
Buat kesekian kalinya ummah kena tipu dgn lobai penunggang konon pejuang melayu isle...padahal kat belakang dia la champion gadai tanah melayu,pastu blame Dap dlm segala hall...


Quote Samerosie 15-10-2025 06:39 PM
Inigo-Montoya replied at 15-10-2025 05:10 PM
habis tanah melayu

Kg baru? Kg sg baru? Semua tanah indon. Penuh indon dgn bangla dah.

Quote Samerosie 15-10-2025 06:41 PM
tripleid replied at 15-10-2025 06:36 PM
Buat kesekian kalinya ummah kena tipu dgn lobai penunggang konon pejuang melayu isle...padahal kat b ...

Kelakar kan sibuk la rezab melayu rezab melayu. Tu serambi mekah tu tanah kelantan je org melayu lain mana leh beli tanah kat sana lepas tu org derang dtg selangor kl boleh lak beli rumah beli tanah.  Semakkkk.
Quote airfilterkotor 16-10-2025 03:57 AM
Samerosie replied at 15-10-2025 06:41 PM
Kelakar kan sibuk la rezab melayu rezab melayu. Tu serambi mekah tu tanah kelantan je org melayu l ...

Kat negeri sendiri, racist sesama melayu luar.

Tapi bila kat negeri orang, terpekik terlolong konon pejuang tanah melayu.


How?
Quote Samerosie 16-10-2025 06:13 PM
Dia perjuangkan negeri org negeri dia biar gitu sbb nanti tak leh buat janji2 manis lagi.  Teeminal bas kb tersenyum sinis memikirkan nya.

Quote Orix 16-10-2025 07:29 PM
Edited by Orix at 16-10-2025 07:30 PM

sultan selangor dh keluar titah, nak pusing tang mana lagi ???  zaliha ni kes jakel pun boekkk punya cover kuil.... smpai x bg jakel saman kuil tu.. inipun ad lg org melayu sokong... pelik haku
Quote terma2nkondisi2 16-10-2025 08:27 PM
kalau sesiapa yg tak tau pasal isu ni baca tred ni, mesti dia ingatkan yg satu pihak saja yg benar.. sbb nampak acik2 porem berhaluan ph saja yg bereply sesama sendiri dlm tred ni

spt biasa, aku yg tidak berhaluan mana2 pihak politik masuk utk bagi pencerahan yg sebenar.. utk pengetahuan semua, annuar musa dan zaliha mustafa, sama je lemah kepimpinan mereka ni sbg menteri wilayah persekutuan

masa zaman pn, aku tak nampak pun usaha bersungguh drpd menteri2 wilayah persekutuan zaman pn utk uruskan isu ni dgn baik supaya setiap pihak dpt hak dan keadilan buat mereka.. dan tak nampak pun usaha drpd menteri2 zaman pn nak kejarkan developer tu supaya uruskan projek dgn baik bagi keadilan buat semua pihak

masa zaman madani ni pula, sama je.. takde pun usaha bersungguh drpd zaliha mustafa utk uruskan isu ni dgn baik sehinggalah timbul kekecohan hari tu.. dan bila ambrin buang keluarkan kenyataan berkenaan kg sg baru dan diambil maklum oleh sultan selangor, baru la nampak zaliha mustafa buat kenyataan yg menyentuh perihal pembangunan tanah kg sg baru utk org melayu

secara ringkasnya, mcm ni la citenya pasal tanah kg sg baru.. kg baru mmg sudah dari dulu statusnya sbg tanah mas.. tapi masa dulu kg sg baru tak wujud lagi.. bila projek meluruskan sg klang dilakukan pd tahun 1967, wujud satu kawasan tanah baru yg sekarang ni dikenali sbg kg sg baru.. pertikaian yg ada sekarang ni adalah, kalau ikut definisi tanah mas, maka kg sg baru ni boleh juga dikategorikan sbg tanah mas namun tiada sebarang rekod pewartaan tanah kg sg baru sbg tanah mas dibuat setelah kawasan tanah kg sg baru ni wujud selepas selesai projek meluruskan sg klang tu dijalankan.. so sekarang ni status tanah kg sg baru sbg tanah mas masih dlm pertimbangan mahkamah

setelah ambrin buang keluarkan kenyataan media tu, baru la nampak zaliha mustafa keluarkan kenyataan menyentuh perihal pembangunan tanah kg sg baru utk org melayu dan juga perihal berkenaan pkns pada masa dulu tu bangunkan tanah kg sg baru, bertujuan menambah penempatan org melayu di sekitar kg bharu

so sekiranya kita lihat isu ni secara menyeluruh, mmg kesian juga la pada pemilik2 kediaman minoriti di kg sg baru tu especially kediaman teres yg tidaklah seuzur atau sedaif kediaman flat.. hak diorg la nak kekal dgn kediaman sedia ada

tapi biasa la... acik2 porem yg taksub politik hanya akan lihat isu ni menerusi lensa politik semata2.. pastu mengejek2 secara bongok taksub politik

dan pasal isu ruu ura tak cukup masak tu, senyap dah acik2 porem yg kononnya terpaling bijak dah khatam berulang kali ruu ura tak cukup masak tu.. kengkonon dah beribu2 libat urus dibuat.. kengkonon ruu ura tak cukup masak tu ruu yg hebat la.. hebat menurut kebangangan yg ada dlm kepala otak diorg

aku juga la yg tlg sampaikan info2 berguna bagi acik2 porem boleh menilai isu ruu ura tak cukup masak tu secara menyeluruh
Quote terma2nkondisi2 16-10-2025 08:35 PM
uiks.. baru nampak acik orix pun ada.. mula2 tadi nampak walanon2 dan acik2 geng ph je yg ada tadi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.058806 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top