CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Syukur dapat nombor 2, kalau juara mesti kena kecam’ - Shuib

14-10-2025 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2688| Komen: 45

 


“Saya bersyukur dan gembira kami dapat tempat kedua, kalau jadi juara mesti kena kecam”.

Itu respons pelawak Shuib yang dipilih sebagai naib juara pada malam kemuncak, Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) bersama anaknya Thalita malam tadi.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad , 41, sudah seminggu dia memendam perasaan apabila dikecam hebat oleh netizen .


“Seminggu saya tahan. Orang cakap ada ‘favoritism’ dalam TTMM dan menyasarkan anak saya Thalita kononnya Grand Finale diwujudkan sebab dia.

“Bila manager-manager lain beritahu mereka sudah sedia maklum tentang penambahan minggu, orang tak mahu percaya juga. Juri-juri pun tahu ada lapan minggu.

“Bila kami dinobatkan sebagai naib juara, saya rasa gembira dan lega. Bayangkan kalau kami jadi juara, mesti mereka akan cakap memang sudah dirancang,” katanya ketika ditemui di sidang media Grand Finale Talk To My Manager, di sini, semalam.


Tambah Shuib lagi, emosi Thalita benar-benar terganggu dengan komen-komen kecaman yang dilemparkan kepada satu-satunya anak perempuannya itu.

“Ada lebih 10 ribu komen kecaman terhadap Thalita. Dia betul-betul ‘down’. Saya kena pantau supaya dia tak baca komen. Dia pula tengah bergelut dengan masalah kesihatan. Ada orang mesej saya dalam Instagram suruh kami tarik diri.

“Saya dan Thalita sama-sama ‘down’. Saya sampai berdoa kepada Allah supaya tak menang. Sebab kalau menang, pasti kena kecam. Letih saya nak menjawab nanti,” ujarnya.

Ditanya tentang kecaman netizen yang mendakwa mereka sering ‘menunggang’ kisah arwah Siti Sarah demi meraih simpati, kata Shuib dia dan Thalita berhak sekiranya anaknya mahu menyanyi lagu ibunya sendiri.

“Orang cakap sudah-sudahlah menyanyi lagu mak sebab nak meraih simpati. Dia menyanyi lagu mak dia bukan dia menyanyi lagu mak kau.

“Dia ada hak untuk menyanyi lagu mak dia. Saya rasa lagu mak dia sesuai untuk dinyanyikan dalam mana-mana episod TTMM. Jadi apa salahnya?

“Ini juga merupakan satu kenangan yang saya boleh rekodkan dalam bentuk video yang anak arwah menyanyikan lagu ibunya,” kongsinya.

Terdahulu Shuib dan Thalita dikecam netizen kerana didakwa menjadi peserta kesayangan produksi sehingga sanggup menambah bilangan episod demi memberi ruang untuk Thalita beraksi di pentas akhir.

Sebelum itu Thalita tidak dapat beraksi kerana dijangkiti Influenza A dan perlu menjalani kuarantin. 


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 14-10-2025 09:31 AM
So sape juara
Quote MakcikTermenong 14-10-2025 09:45 AM
Penunggang dan tunggangan terhebat...jijik!
Quote Perawankota 14-10-2025 09:59 AM
pocongkiutss replied at 14-10-2025 09:31 AM
So sape juara

Anak liza Hanimmm
Quote BoongaKertas 14-10-2025 10:16 AM
iols nyampah lah soeb ni. xtau kenapa.
Quote imransulaiman 14-10-2025 10:35 AM
Naib johan ni pun ada kecaman jugak. Jangan ingat takde
Quote selipar_hijau 14-10-2025 10:45 AM
Patut dapat lasttt
Naib juara pun tak layak
Quote kaseh80 14-10-2025 10:53 AM
Fefelinggggggggggggggggggg hebat mung
Quote prince_marhaen 14-10-2025 12:03 PM
down down pun tetap menunggang arwah, siap bawak katil hospital & bapak arwah atas stage.... suara tetap tak original sedap...dibuat2 je nak sama cam arwah.. tak kecam budak tu, kecam soeb sebab try so hard nak push sambil menunggang
Quote AWEKSAMURAI 14-10-2025 12:07 PM
Marsha Q mmg layak menang .. full stop
Quote AWEKSAMURAI 14-10-2025 12:07 PM
prince_marhaen replied at 14-10-2025 12:03 PM
down down pun tetap menunggang arwah, siap bawak katil hospital & bapak arwah atas stage.... suara t ...

Beriya sgt nk ckp Thalita tu jelmaan mak dia ... Kuasa lah aku .
Quote beta_carotene 14-10-2025 12:22 PM
Fefeeellliingggg walaupun korg anak beranak rope org asal negrito
Quote akuMNdia 14-10-2025 12:24 PM
pada aku talita tu ok tapi org meluat kat bapak yg selalu over. tak pepasal terpalit kat anak.
Quote alesandra 14-10-2025 12:28 PM
Takde creativity.. patutnya utk final ni lah bentuk  kelainan ,identiti  sendiri.ini tak...lagi dia  pekat  menunggang maknya.minggu2 sblm tu elok  je suara  takde bunyi arwah sgt
Quote MistrezHermanaz 14-10-2025 12:31 PM
wahh menjawab ye ko soeb..diam lagi bagus la..sian talitha tu ok je tp sbb berbapakkan dia, kene kecam
Quote Unagi 14-10-2025 12:31 PM
Tak sepatut nya no.2 jugak…Ammar better
Quote Cyempaka 14-10-2025 12:33 PM
aku menyampah dgn soeb jadi anak dia pun aku menyampah. xde la sedap mana pun suara, over beria je lebih. no 2 pun patut kena kecam
Quote BungaKencana 14-10-2025 12:34 PM
hehehe sian kau dekkk.. acik tak tgk program ni tp sepatutnya takde 2kali Final..
Quote lanse 14-10-2025 01:55 PM
BoongaKertas replied at 14-10-2025 10:16 AM
iols nyampah lah soeb ni. xtau kenapa.

Sama.
Quote sangbara2020 14-10-2025 02:23 PM
hidup lg dia ni..aku klu kat tv kua muka dia sanggup aku alih channel...gittew bencinya iiolls

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040741 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top