CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6,000 pelajar dijangkiti influenza seluruh negara - Ketua Pengarah Pendidikan

14-10-2025 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 159| Komen: 1

 


PUTRAJAYA – Kira-kira 6,000 pelajar sekolah di seluruh negara dikesan dijangkiti virus influenza, sekali gus mendorong beberapa sekolah mengambil langkah penutupan sementara atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berhubung rapat dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memantau perkembangan berkenaan kes tersebut dan akur sekiranya mana-mana sekolah perlu ditutup demi keselamatan pelajar dan warga sekolah.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah sebenar sekolah yang terlibat dengan penutupan akibat jangkitan berkenaan.

“Kita telah minta pegawai di peringkat Lembaga Peperiksaan untuk bersiap sedia kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula pada 3 November nanti.

“(Setakat ini) kira-kira 6,000 pelajar dikenal pasti berhadapan dengan jangkitan influenza. Namun kes itu tidak tertumpu di satu kawasan sahaja, sebaliknya melibatkan sekolah di beberapa negeri,” katanya menerusi sidang akhbar khas di KPM di sini hari ini.


Mohd. Azam berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung situasi semasa penularan jangkitan influenza yang dilaporkan meningkat dan turut membabitkan institusi pendidikan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penutupan sekolah dilakukan secara bersasar bergantung kepada tahap penularan dan nasihat daripada PKD. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 14-10-2025 09:37 AM
Peminat vaksin sedang menjejeh air liur

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.027587 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top