CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kami akan menimang anak lelaki – Siti Saleha

14-10-2025 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2218| Komen: 26

 


Aktres Siti Saleha mengotakan janji apabila mengumumkan khabar gembira bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Pemilik nama penuh Siti Saleha Mohd Baharum, 35, itu berkongsi berita gembira tersebut pada majlis Mitoni atau mandi bunga mengikut adat masyarakat Jawa baru-baru ini.


“Alhamdulillah, majlis Mitoni dan pendedahan jantina bayi berjalan lancar.

“Kami akan menimang anak lelaki,” katanya yang sebelum ini pernah berjanji akan berkongsi perkara tersebut usai majlis mandi Mitoni seperti dirancang keluarga mentua.

Menerusi majlis sama, suaminya, Joshua Fitton dilihat turutt menyiram isterinya dengan air mandian bunga .

Pengumuman jantina pula dilakukan apabila beberapa individu melepaskan kepulan asap berwarna biru yang sinonim dengan jantina lelaki.

Terdahulu, bintang yang terkenal menerusi drama 7 Hari Mencintaiku itu mengumumkan sedang berbadan dua dan memasuki trimester ketiga pada Julai lalu.



Difahamkan, kini usia kandungannya sudah memasuki enam bulan.

Siti Saleha dan Joshua mendirikan rumah tangga pada 15 Februari lalu dalam majlis tertutup di Janda Baik, Bentong, Pahang. 

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alien88 14-10-2025 09:27 AM
congrats Sally
Quote pocongkiutss 14-10-2025 09:30 AM
Congrats..tp sapa yg jawanya nyah
Quote Ginaleen 14-10-2025 09:33 AM
Laki dia ada darah leluhur ke
Quote IzzahF 14-10-2025 09:37 AM
lah leluhur rupanya
Quote caprisonne 14-10-2025 09:55 AM
Congrats.. she's sparkling
Quote misszazaz 14-10-2025 12:24 PM
congrats
Quote sharlenetexas 14-10-2025 02:25 PM
Siapa yg jawa?


Quote I.K.A888990 14-10-2025 03:49 PM
tahniah tahniah
tapi awat kepam lakinya
Quote jihyomelly 14-10-2025 06:16 PM
sally betul2 enjoy her pregnancy…tahniah
Quote bpbbppbp 14-10-2025 06:22 PM
Moga dimudahkan
Quote lanacondor 14-10-2025 06:40 PM
sharlenetexas replied at 14-10-2025 02:25 PM
Siapa yg jawa?

Laki heolz la. Kan dia tulis majlis tu mertua dia yg buatkan
Quote cahaya_almas 14-10-2025 09:08 PM
Msti comel anak dia mcm dia jgk comel.
Quote heythere123 14-10-2025 09:12 PM
pocongkiutss replied at 14-10-2025 09:30 AM
Congrats..tp sapa yg jawanya nyah

sama soalan kita kaka
Quote heythere123 14-10-2025 09:13 PM
tapi haritu lagi dah tahu kan memang boy. Gambar cake tu pon obvious boy
Quote Purplehaz 14-10-2025 09:25 PM
Wahhh baby boy Tahniah! , semoga baby ibu sihat nanti.
Quote Kancilkering 14-10-2025 09:29 PM
darah konnoha
Quote sharlenetexas 14-10-2025 09:33 PM
lanacondor replied at 14-10-2025 06:40 PM
Laki heolz la. Kan dia tulis majlis tu mertua dia yg buatkan

Kuat pegangan leluhur mak dia.


Quote Incanto 14-10-2025 10:13 PM
semoga di permudahkan

dapat baby comel dan sihat
Quote kalchi 14-10-2025 10:56 PM
Leha nampak happy bethol marriage kali ni. Beza dgn laki dlu.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.048636 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top