|
PUTRAJAYA: Semua pengetua diarah membuat rondaan di sekitar kawasan sekolah pada waktu pagi bagi memantau keadaan semasa dan kemudian meneliti tindakan boleh diambil bagi menjamin keselamatan murid. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata arahan berkenaan dikeluarkan pagi tadi bagi memastikan pelaksanaan pengurusan melalui turun padang (MBWA) bagi memastikan tindakan yang dapat dilaksanakan segera jika ada kekurangan. "Sebab itu, pagi ini saya sudah berikan arahan kepada semua peringkat di bawah untuk berikan perhatian antaranya mereka perlu melaksanakan MBWA iaitu pengetua perlu menilai keadaan sekolah mereka menerusi tinjauan pagi yang dilakukan. "Mereka perlu buat 'learning walk' pergi setiap kelas ke kelas untuk melihat apa yang berlaku dalam bilik darjah. "Dengan MBWA dan 'learning walk' ini pengetua dapat menganalisis apakah tindakan yang perlu diambil segera," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, walaupun arahan pelaksanaan dibuat dalam tempoh singkat iaitu sebelum takwim persekolahan tamat, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan tiada pengabaian berlaku. Katanya, pihaknya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang gagal memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat khususnya buat murid. "Saya sudah keluarkan arahan untuk masa terdekat ini dalam tempoh bulan 10, 11 dan 12 ini, saya mahu semua berikan perhatian kepada isu keselamatan murid. "Saya tegaskan kepada semua peringkat kepimpinan pendidikan (bahawa) saya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika berlaku kecuaian ataupun pengabaian mana-mana prosedur dalam memastikan institusi pendidikan ini berada dalam keadaan selamat untuk semua warga sekolah khususnya murid," katanya. Sumber – BH |
L.U.S.M replied at 14-10-2025 02:32 PM
Pasang jela cctv..ape yang susah sgt...
akies replied at 14-10-2025 05:31 PM
Setuju. Cctv kena install banyak lepas ni.
Setiap laluan tangga ke blok akademik dan tempat lain ...
L.U.S.M replied at 14-10-2025 02:32 PM
Pasang jela cctv..ape yang susah sgt...
seri_mawr replied at 15-10-2025 01:27 PM
betullll....
yang susahnya nak keluarkan bajet nak pasang cctv

ultra78 replied at 15-10-2025 12:42 PM
Mungkin ini hasilnya apabila ibu bapa sibuk dengan kerja siang malam hingga tak ada masa untuk didik ...
seri_mawr replied at 15-10-2025 01:27 PM
ronda pagi2 je...??
abis untuk kes yang budak kena rape baru2 ni pkl 2.30 ptg...
kemaruk replied at 15-10-2025 04:19 PM
Kalo camtu guru besar kena buat rondaan 30 minit sekali
Tapi kena ubah2 pattern secara rawak supa ...

Skuau replied at 15-10-2025 04:28 PM
betul la...'kata orang'....kalau lama kerja security....boleh naik pengetua pastu....
kemaruk replied at 15-10-2025 04:19 PM
Kalo camtu guru besar kena buat rondaan 30 minit sekali
Tapi kena ubah2 pattern secara rawak supa ...

ADVERTISEMENT