CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya tak layak ambil 'kredit' penganjuran misi flotilla' - Anwar Ibrahim

14-10-2025 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 315| Komen: 5



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau bukanlah individu yang selayaknya diberi penghargaan atas penganjuran misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) serta Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG).

Perdana Menteri berkata, ini kerana GSF bukanlah inisiatif yang digagaskan beliau, sebaliknya ia digerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) global yang prihatin terhadap penindasan ke atas rakyat Palestin.

Sebaliknya, Anwar berkata beliau secara kebetulan muncul pemimpin pertama di dunia yang menyatakan sokongan rasmi kepada penganjuran misi kemanusiaan itu.

"Inisiatif (GSF dan FFC x TMTG) bukan inisiatif saya. Saya tak boleh ambil 'kredit'. Ada sekumpulan anak muda di negara ini mahu menerajui usaha berkenan dan saya kata okey, kita beri sokongan dan bantuan.

"Mereka kemudian meminta saya untuk menyatakan sokongan penuh serta memberi pengiktirafan secara rasmi (bagi usaha berkenaan) dan saya kata, "Ya" kepada mereka.


"Kebetulan pula saya menjadi pemimpin pertama di dunia yang menyatakan sokongan rasmi (kepada gagasan GSF dan FFC x TMTG)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi 'in Conversation with Prime Minister' sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antaravangsa (iFUTURE) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman.

Sementara itu, Anwar berkata, pihaknya akan menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bagi membincangkan pelaksanaan gelombang kedua Sumud Nusantara melalui lintasan Rafah.


Sumud Nusantara melalui lintasan Rafah

Katanya, ini selepas mengambil kira perkembangan terkini gencatan senjata dalam perjanjian damai Hamas-Israel, sekali gus melegakan dunia apabila kezaliman dihadapi rakyat di Gaza dihentikan seketika.

Beliau juga menghargai peranan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump; Presiden Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani; Abdel Fattah dan semua negara yang menyokong inisiatif keamanan itu.

"Kita harap gencatan senjata ini akan berjaya kerana ia penting untuk kestabilan rantau berkenaan dan kemanusiaan secara keseluruhan. Mereka (pasukan pengantara) kini berada di Sharm el-Sheikh, Mesir untuk membincangkan fasa awal pelaksanaan.

"Saya juga pesan kepada rakan kita dalam Sumud Nusantara Flotilla supaya kali ini kamu tidak perlu lagi pergi melalui laut, (sebaliknya) pergi melalui darat.

"Saya harap dapat hubungi Abdel Fattah beberapa hari lagi untuk mencadangkan kepada beliau supaya membenarkan pasukan kita menghantar bantuan melalui lintasan Rafah," katanya.

Sumber – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 14-10-2025 09:02 AM
Setuju      
Quote always_typo 14-10-2025 09:18 AM
bukan sebelum ni ada ambik kredit ka? hihi
Quote Decaffeinated 14-10-2025 09:37 AM
Jadah apa Perdana Menteri sebuah negara nak join aktivis. PM patut gerakkan bala tentera unless menumpang bot layar itu ja ko mampu. Sedey nya lah negaraku. Pum pang pum pang solidariti felestin tapi bila ada international meeting orang tak ajak pun.
Quote Denco 14-10-2025 12:01 PM
xpelah, focus kat Msia lagi bagus. palestine tu sbg sampingan je. kita ni jauh, negara2 jiran palestin lg ramai bole tolong knp tak beria nk tolong?
Quote Purestteam1 14-10-2025 03:27 PM
rugi arr x ambik kredit.. haha

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.040048 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top