CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perjuangan bebaskan Palestin tidak akan terhenti – Wan Azizah

13-10-2025 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 294| Komen: 8

 


PETALING JAYA – “Perjuangan membebaskan Palestin tidak akan berhenti di sini,” kata Isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tegas beliau, solidariti rakyat Malaysia dalam menyuarakan keadilan untuk rakyat Palestin malah akan terus diperkukuh dalam pelbagai bentuk dan saluran.

Wan Azizah berkata, seluruh rakyat Malaysia berasa amat bangga atas keberanian dan komitmen aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

“Mereka pasukan Malaysia yang telah berjuang membawa mesej kemanusiaan dan keamanan untuk rakyat Gaza melalui misi ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam tadi.

Terdahulu, Wan Azizah berkata, beliau menyambut kepulangan sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Medleens to Gaza (TMTG) petang semalam.

Katanya, turut menyambut ketibaan aktivis terbabit di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

“Mereka sebahagian daripada 150 peserta dari 25 negara yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza dengan menaiki kapal Conscience dan Umm Saad,” katanya.  

Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 13-10-2025 11:41 PM
Apa sangatlah yang laki ko perjuangkan. Setakat menang sorak dalam negara sendiri ja. Yang betul buat kerja and can make a difference tetaplah atuk Terompet. Yang dipanggil membantu pun Arab Saudi, Mesir, Qatar, Turkiye mana ada ajak Malaysia pun. Hero kita bila telefon pun untuk minta tolong tumpang kapal terbang. Teruskan berkompang though, it may win some votes in the election.
Quote nusaraya 13-10-2025 11:52 PM
Edited by nusaraya at 14-10-2025 12:37 AM

ATUK TEROMPET ...or   TONG  KOSONG  NYARING BUMYINYA ...

Itulah akibatnya jika terlalu banyak bermimpi dan berilusi  merasa dirinya paling hebat dan Superior .di muka bumi ini ...
Quote TOPwind 14-10-2025 07:24 AM
"Perjuangan bebaskan Palestin tidak akan terhenti – Wan Azizah"

kata2 ajaib utk PRU
Quote ajinomotonosuga 14-10-2025 11:36 AM
Decaffeinated replied at 13-10-2025 11:41 PM
Apa sangatlah yang laki ko perjuangkan. Setakat menang sorak dalam negara sendiri ja. Yang betul bua ...

atuk trompet tu sapa kapen?
Quote Decaffeinated 14-10-2025 12:22 PM

trumpet ka drum ka pon bole

Quote pooh~key 14-10-2025 12:53 PM
Decaffeinated replied at 13-10-2025 11:41 PM
Apa sangatlah yang laki ko perjuangkan. Setakat menang sorak dalam negara sendiri ja. Yang betul bua ...

Ouch sissy…. Jangan berkata yang benar sangat sissy. Pedih sissy…
Quote Decaffeinated 14-10-2025 01:17 PM
pooh~key replied at 14-10-2025 12:53 PM
Ouch sissy…. Jangan berkata yang benar sangat sissy. Pedih sissy…

Jijah ni apa ja pencapaian dia. Apa pun aku puji sebab dia tak heran nak ikut laki dia travel. Duduk rumah bela cucu lagi banyak faedah.

Quote nusaraya 14-10-2025 03:28 PM
Edited by nusaraya at 14-10-2025 05:17 PM
Decaffeinated replied at 14-10-2025 01:17 PM
Jijah ni apa ja pencapaian dia. Apa pun aku puji sebab dia tak heran nak ikut laki dia travel. Dud ...

Janganlah kau menghina dan merendahkan peran Wan Azizah .... Bukankan sebagai istri Nabi Besar (Anwar ) Ibrahim dia pun pasti juga  mendapatkan bocoran Wahyu, Perintah atau Pentunjuk dari TUHAN di langit untuk ikut berperan  membantu suaminya menjalankan tugasnya sebagai Wakil Tuhan di muka bumi  ini ...


SEbagai Istri Nabi (Anwar) Ibrahim  patutlah dia berperan penting uuk membantu suaminya  agar berhasil menjadi WAKIL TUHAN di Muka Bumi yang saat kini penuh dengan Perang dan Ketidak-adilan ...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.031858 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top