CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anwar Ibrahim sokong tindakan terhadap perasuah termasuk orang kenamaan

13-10-2025 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 252| Komen: 5

 


PUTRAJAYA- Agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi jaminan untuk kekal berani mengambil tindakan terhadap perasuah, walaupun melibatkan golongan kenamaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mempertahankan tindakan diambil penguat kuasa terhadap perasuah demi kepentingan negara.

“Tetapi bila saya jelaskan, (perlu) ada bukti, jangan ada penganianyaan, jalan tegas, keras, segera. Dan saya akan pertaruhkan segalanya untuk mempertahankan mereka dalam menjalankan tugas menyelamatkan negara ini.

“Ia bermakna, saya sendiri mesti mengepalai dan beritahu ‘my full undivided support’ (sokongan sepenuhnya) terhadap tindakan mereka dan kita hargai tindakan ini,” katanya ketika berucap pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut mengingatkan kumpulan penjawat awam untuk meneruskan tekad berkhidmat untuk meningkatkan prestasi kerajaan dan negara.


“Kita bekerja dengan satu tekad, anda sudah ada pengalaman 10, 20, 30 tahun… jadi bagi tahun-tahun (mendatang), berilah yang sebaik mungkin.

“Kerana apa yang kita lakukan itu akan menentukan nasib negara kita pada masa depan. Jadi, mesti cari kaedah dan jalan (berlainan),” katanya.

Anwar berkata, tindakan untuk membanteras rasuah tidak seharusnya tidak disandarkan kepada SPRM semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan kepimpinan lain termasuk ketua jabatan.

“Jangan harap kepada SPRM atau badan-badan penguat kuasa, sebab itu saya bebankan tanggungjawab kepada ketua-ketua jabatan. Kalau ketua jabatan tahu dan menjadi pelindung (tindakan rasuah), kita tidak boleh pertahankan ketua jabatan itu,” ujarnya. 

Sumber :– KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 13-10-2025 05:37 PM
Noted      
Quote sharlenetexas 13-10-2025 06:17 PM
Wakjaid?


Quote kaseh80 13-10-2025 06:24 PM
Cayoks
Quote Myeramie 13-10-2025 07:59 PM
Entahla wak jahid ok je
Quote Isninselasarabu 14-10-2025 07:53 AM
Nga kor ming pn baham pitih kpkt juta2 melalui konsesi... Hemm .. hannah yeoh pn same.. menteri2 bawah die byk baham pitih

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.171729 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top