CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Eksesais Aman Youyi 2025, Penduduk Selangor jangan panik nampak tentera asing

13-10-2025 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 679| Komen: 10


 


PETALING JAYA – Orang ramai di sekitar Selangor dinasihatkan agar tidak panik atau cemas sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan kenderaan serta konvoi aset ketenteraan bermula hari ini hingga tamat eksesais.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam kenyataan berkata, situasi itu berikutan pelaksanaan Eksesais Aman Youyi 2025 antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan People’s Liberation Army (PLA), China yang akan diadakan dari 15 hingga 23 Oktober ini.

“Eksesais yang diadakan setiap dua tahun sekali bertujuan untuk meningkatkan kebolehoperasian bersama antara ATM dan PLA, memperkukuh hubungan ketenteraan dua hala serta mempertingkat kesiagaan dalam melaksanakan operasi kemanusiaan dan keselamatan maritim di rantau ini,” kata kenyataan itu.

Latihan ketenteraan itu akan dijalankan di beberapa lokasi sekitar Selangor termasuk Klang, Subang, Puchong serta perairan Selat Melaka.  


Sumber :- Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 13-10-2025 05:42 PM
Youyi cap limau
Quote kotakbaju 13-10-2025 06:44 PM
Kenapa sebut Eksesais? Macam indon dah bunyi..kenapa tak sebut Latihan je? Ke maksud  Eksesais tu merujuk maksud lain?
Quote prince_marhaen 14-10-2025 09:10 AM
kotakbaju replied at 13-10-2025 06:44 PM
Kenapa sebut Eksesais? Macam indon dah bunyi..kenapa tak sebut Latihan je? Ke maksud  Eksesais tu me ...

Memang maksud dia latihan (excercise), tu lah tak faham, dah bertahun berdekad dah Tentera Darat, takkan masih nak guna istilah pinjaman lama macam ni, padahal negara luar elok tulis penuh je 'military exercise' atau manoeuvre, translate bahasa Malaysia Latihan Ketenteraan, Latihan Kecekapan Pergerakan Ketenteraan. Pengaruh bahasa yindon masih menebal eh suka pinjam2 direct bunyi ejaan.
Quote kemaruk 14-10-2025 09:55 AM
kotakbaju replied at 13-10-2025 06:44 PM
Kenapa sebut Eksesais? Macam indon dah bunyi..kenapa tak sebut Latihan je? Ke maksud  Eksesais tu me ...

Ketimbang, tatakelola
Quote supernaturalee 14-10-2025 10:30 AM

kemaruk


Quote sharlenetexas 14-10-2025 06:17 PM
Minyak yuyi


Quote Decaffeinated 14-10-2025 06:32 PM
kotakbaju replied at 13-10-2025 06:44 PM
Kenapa sebut Eksesais? Macam indon dah bunyi..kenapa tak sebut Latihan je? Ke maksud  Eksesais tu me ...

Mungkin kerana military exercise tak macam latihan bolasepak. Sebab itu istilah itu dipinjam. Seperti juga exercise ptg2 nak kasi kurus. Itu pun bukan latihan.
Quote dani-rox 14-10-2025 07:23 PM
Kalo difikirkan, tentera China byk kelebihan dari segi geografi dan bentuk muka bumi utk training. Sgt2 diverse. Agak2nya dah lama bersedia dgn warfare dlm hutan tropika, gurun, tanah tinggi, kawasan cuaca sejuk yg ekstrem etc Malaysia hanyalah bersaiz semut merah di mata CCP Barangkali latihan ni lebih kepada utk menjalinkan persahabatan antara dua negara gituhh.
Quote B40tastePosh 14-10-2025 09:36 PM
Ekcecayes

Quote gigahertz 14-10-2025 11:04 PM
dani-rox replied at 14-10-2025 11:23 AM
Kalo difikirkan, tentera China byk kelebihan dari segi geografi dan bentuk muka bumi utk training. S ...

China ni paramilitary dia tersangat ramai. ada 650,000 ribu.anggaran.jika tiup wisel. paramilitary ni boleh pakai baju askar dan run segala aset
tank dan vehichels. all out .

Paramilitary = separa askar.
macam di Malaysia :
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Unit Tindakan Khas ( UTK )
Pasukan gerakan AM (PGA) ,
69 Komando (VAT 69) ,
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ,
Pasukan Special Tactics And Intelligence Narcotics Group (STING) ,
Pasukan Special Task Force For Anti Vice Gambling and Gangsterim ( STAGG)
Pasukan Special Task Force On Organised Crime ( STAFOC )
Pasukan Simpanan Persekutuan ( FRU )





Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046383 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top