CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Penderitaan itu tidak akan berhenti, hati-hati dengan kempen fitnah’ - Zahnita Wilson

13-10-2025 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 811| Komen: 6

 


Pelakon dan model Zahnita Wilson memberi amaran kepada mangsa keganasan rumah tangga agar bersedia dengan sebarang kemungkinan dilakukan oleh bekas pasangan yang akan terus memusnahkan kehidupan mereka pada masa akan datang.

Menurut Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, pelbagai perkara akan dilakukan bekas pasangan termasuk penyebaran fitnah bagi mencipta imej negatif mengenai mangsa.

“Apabila berjaya keluar dari situasi itu, pasti akan rasa lega dan bebas daripada persekitaran toksik yang selama ini meranapkan semangat serta kehidupan kalian.

Saya ingin memberi amaran bahawa penderaan itu tidak akan berhenti! Berhati-hatilah dengan kempen fitnah dan orang suruhan mereka.

“Mereka mungkin akan membuat kenyataan palsu, tuduhan liar dan cerita rekaan semata-mata untuk menjatuhkan imej kalian serta mengalih perhatian mahkamah,” katanya dalam satu hantaran Instagram.


Lebih parah, dia berkata pihak tersebut juga akan sanggup menggunakan anak-anak untuk menghancurkan kehidupan wanita tersebut.

“Bersedialah, kerana anak-anak juga akan dijadikan senjata untuk melawan kalian.

“Mereka akan berusaha keras untuk menghancurkan semangat, menghalang daripada bekerja dan mencari pendapatan.
Mereka rasa puas dengan penderitaan kalian.

“Bersedialah dari segi mental dan emosi. Berhati-hatilah kerana kamu mungkin akan diperhati dan diugut,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak menolak kemungkinan mangsa akan dituduh melakukan pelbagai bentuk jenayah

Bersedialah juga untuk sebarang pertuduhan jenayah seperti ugutan dan rasuah.

“Kamu mungkin akan kaku, menangis dan rasa hilang kewarasan tetapi tak mengapa! Tidak kira betapa sukarnya perjuangan ini, jangan sesekali berpatah balik!

“Dalam kesabaran pasti ada kebaikan dan kebenaran akan terbukti.

“Sudah terlalu lama saya tidak meluah begini dan harap dapat membantu kalian,” ujarnya yang kini masih dalam proses perceraian susulan dakwa dikasari dan tiada lagi persefahaman.

Pada 2 Disember tahun lalu, kisah Zahnita mendapat perhatian meluas apabila berkongsi foto dalam Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Dakwa aktres berkenaan, punca kecederaan tersebut adalah disebabkan dibelasah oleh suaminya iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor.

Zackery mendirikan rumah tangga dengan Zahnita pada 2005. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun. 

Sumber :- Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-10-2025 03:28 PM
Edited by prince_marhaen at 14-10-2025 09:01 AM

Entahlah... dulu2 tak ada siapa yang hulur pisau kat tengkok you paksa kawin ngan mamak tu....nak sangat tokey kedai emas kan...
Quote Perawankota 13-10-2025 05:24 PM
Dia mmg kena pukul ke dgn lakinya
Quote Samerosie 14-10-2025 06:39 AM
Tenggelam timbul minah ni.  Still buat pie ke?
Quote nisako 14-10-2025 10:03 AM
tu la nak sgt kahwin dulu
Quote borrow 14-10-2025 11:41 AM
Samerosie replied at 14-10-2025 06:39 AM
Tenggelam timbul minah ni.  Still buat pie ke?

Ye. Dh pindah selangor , ambil alih kedai bakery. Skrg aktif le join tapak2 perniagaan jual pie & roti.
Quote cmf_premierleag 14-10-2025 11:54 AM
Jujurin, aku suka tgk zani skang
Nmpk dia dah bangkit semula and belajar berdikari..dia x meratap sendu lama2
Tgk dia tunjuk her schedule fr mon-sun, mmg full..ada hari tertentu dia jaga bakery shop
Ada hari dia jaga booth kt lorong blkg cyber
Ada hari dia pi photoshoot modelling
Mmg nmpk dia busy cari duit and bina semula hidup....hari tu tgk dia bwk anak sulung dia tlg dia kat booth cyberjaya tu
Walau anak dia hari tu duk menangkan bapak dia, tp zani tetap pilih anak2 dia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.035971 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top