CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wartawan Palestin, Saleh Aljafarawi Dilapor Terbunuh Di Gaza

13-10-2025 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 497| Komen: 12

  

 

Wartawan Palestin, Saleh Aljafarawi dilaporkan maut ketika membuat liputan pertempuran di Bandaraya Gaza, hanya beberapa hari selepas Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata.

Al Jazeera melaporkan Aljafarawi, 28, telah ditembak oleh individu bersenjata sewaktu berada di kawasan Sabra.

Rakaman yang disiarkan oleh wartawan dan aktivis menunjukkan tubuh Aljafarawi dengan jaket keselamatan bertanda 'press' di belakang sebuah trak.

Video tersebut telah disahkan oleh agensi pengesahan Sanad milik Al Jazeera.

Seorang sumber kanan di Kementerian Dalam Negeri Gaza memberitahu Al Jazeera Arabic bahawa pertempuran di Bandar Gaza melibatkan “milisi bersenjata yang bersekutu dengan Israel".

Sumber itu menambah bahawa pasukan keselamatan telah mengepung milisi tersebut, selain mendakwa bahawa “anggota milisi” berkenaan membunuh penduduk yang dipindahkan ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari selatan Gaza ke Bandar Gaza.


Walaupun gencatan senjata berjaya dimeterai baru-baru ini, pihak berkuasa tempatan tetap memberi amaran berulang kali bahawa keadaan keselamatan di Gaza masih tegang dan berisiko.

Aljafarawi, yang dipindahkan dari Gaza utara semasa konflik, dikenali ramai melalui video lapangannya yang merakam kesan peperangan.

Beliau pernah menyatakan menerima pelbagai ancaman daripada pihak Israel berikutan laporan yang disiarkannya.

Menurut badan pemantau media antarabangsa, konflik Israel-Gaza kini dianggap sebagai krisis paling berdarah bagi golongan wartawan, dengan lebih 270 pengamal media terkorban menjadikannya antara rekod paling hitam dalam sejarah kewartawanan moden.

Sumber :- Al Jazeera, Siakap Keli


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 13-10-2025 02:58 PM
konflik Israel-Gaza kini dianggap sebagai krisis paling berdarah bagi golongan wartawan, dengan lebih 270 pengamal media terkorban menjadikannya antara rekod paling hitam dalam sejarah kewartawanan moden.



... memang ada insurankah wartawan ni semua? atau adakah sebarang jaminan yg diberi, misalnya oleh syarikat tempat berkerja, jika terkorban, at least untuk keluarga?
Quote sharlenetexas 13-10-2025 10:50 PM
Semoga syurga buatmu.


Quote BoongaKertas 14-10-2025 08:46 AM
iols seharian smlm rasa sedih sbb terkesan betul dgn kematian arwah ni. dibunuh oleh talam plak. setan betul lah talam kat G sana.
Quote alesandra 14-10-2025 10:31 AM
yang dia ni single lagi.masa anas al sharif tu meninggal lagi aku sedih.dok teringatkan kat anak2 dia yg comel.anak dia sulung tu manja betul dgn dia.bijak pulak budak tu
Quote Tinot7 14-10-2025 10:36 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. semoga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

Takziah kpd keluarga.. lepaih dia dikebumikan, famili dia pi jemput abang dia yg dilepaskan dari tahanan rejim serail..
Quote afie_m 14-10-2025 11:14 AM
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.. semoga  syurga buatmu.
Quote sharlenetexas 14-10-2025 06:18 PM
Sebaliknya motaz azaiza dah kena "beli".


Quote sharlenetexas 14-10-2025 06:20 PM
sharlenetexas replied at 14-10-2025 06:18 PM
Sebaliknya motaz azaiza dah kena "beli".

Pemgkhianat.


Quote Purplehaz 14-10-2025 11:33 PM
Semoga syafaat mati syahid. Alfatihah...
Quote xtahumenahu 15-10-2025 11:47 AM
dia ni dari awal bersama-sama rakyat Palestin..siang malam...nampak laa kadang x sempat pakai baju press..semoga syurga buatmu Saleh
Quote namemysoul 15-10-2025 12:01 PM
Innalillahi...
Quote alesandra 15-10-2025 12:19 PM

motaz tu sblm dia tinggalkan gaza pun ada bau2 ikan.lps dia blah org palestine sendiri dok kutuk,gaduh dgn dia kat  twitter.masa tu org luar masih puja puji dia.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099408 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top