|
IPOH – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 yang diberikan menerusi kad pengenalan (MyKad) didakwa masih boleh digunakan sekali pun kad itu telah hilang atau tidak lagi dipegang oleh pemilik asal. Dakwaan itu dibuat oleh seorang individu yang terkejut apabila mengetahui baki Sara di dalam kad pengenalan baharunya telah berkurangan. Ketua Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd. Rawi Abdullah mendakwa, MyKad yang lama telah hilang pada hujung Julai lalu serta pernah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut. Bagaimanapun, dakwanya, pada dua minggu lalu sewaktu berada di pasar raya dan membuat semakan status Sara menerusi MyKad baharu, didapati baki sara beliau telah berkurangan menjadi RM2.70 sahaja. “Sedangkan saya tidak pernah menggunakan lagi duit tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sumber :- KOSMO! ONLINE
|

midori888 replied at 14-10-2025 08:41 AM
ada org guna IC lama dia tuk claim his SARA....bila JPN issue IC baru, IC lama diorg tak cancel ke?
AbukRokok replied at 15-10-2025 09:25 AM
hahaha oklah dah boleh start projek pegging SARA dengan digital ID
Jajabeans replied at 15-10-2025 04:06 PM
Jwpnnya tak boleh. IC lama stil function mcm ic baru. Ic bukan mcm kad bank. Buat polis report pun ...
ulamalu replied at 16-10-2025 08:16 AM
Ada kes buat report polis IC hilang lepas tu bayar denda buat IC baru. X lama jumpa balik IC yg hil ...
plywood replied at 13-10-2025 02:54 PM
barangkali boleh buat semakan bila dan dimana berlaku transaksi... dan padankan dengan cctv, jika ad ...

ADVERTISEMENT