CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Deepavali: Bayaran STR diawalkan, diskaun tol 50 peratus - PM

13-10-2025 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 197| Komen: 0

 


KUALA LUMPUR - Bersempena dengan perayaan Deepavali yang akan disambut pada 20 Oktobert ini, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Empat yang dijadualkan untuk bulan November bernilai RM2 bilion, diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat, beliau berkata, kerajaan juga bersetuju meluluskan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua hari berikutan cuti panjang bersempena dengan perayaan yang bakal diraikan oleh kaum India itu.

Warga sekolah di seluruh negara bakal menikmati cuti panjang bersempena dengan Deepavali tahun ini bagi memberikan peluang kepada mereka yang terbabit menyambut perayaan Pesta Cahaya itu bersama-sama keluarga.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 Kementerian Pendidikan (KPM), cuti tambahan dua hari diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak.


Bagi Kumpulan A, iaitu sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa).

Kumpulan B merangkumi sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bercuti pada 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu), manakala Sarawak diberikan cuti sehari pada 20 Oktober (Isnin). 


Sumber : - Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.034599 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top