CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan cadang Lebuh Ampang dinamakan ‘Chetty Street’

13-10-2025 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 568| Komen: 18

 


PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC M Saravanan mencadangkan Lebuh Ampang di Kuala Lumpur dinamakan semula sebagai ‘Chetty Street’ bagi menghargai sumbangan bersejarah komuniti Chettiar terhadap pembangunan ekonomi Tanah Melayu.
Ahli Parlimen Tapah berkata, jalan itu suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘Chetty Theru’ atau ‘Lorong Ceti’, kerana pernah menjadi pusat kewangan bagi komuniti pedagang India Selatan, terutama dalam bidang peminjaman wang dan kewangan tidak formal.

“Mereka bukan sekadar pemberi pinjaman, tetapi pemangkin impian, pembina industri, dan arkitek senyap kepada kebangkitan ekonomi Tanah Melayu,” katanya dalam kenyataan.

Saravanan berkata, sejak awal abad ke-19, pemodal Chettiar menjalankan operasi dari rumah kedai sederhana, menawarkan kredit kepada pelombong bijih timah, pemilik ladang getah dan peniaga kecil ketika bank-bank British enggan memberi perkhidmatan kepada usahawan tempatan.


Beliau berkata, sumbangan komuniti itu amat penting dalam membangunkan industri getah dan bijih timah di Tanah Melayu, yang kemudian menjadi tonggak ekonomi kolonial.

Katanya, penggunaan sistem catatan bergu perakaunan, pembiayaan mikro yang disokong surat janji hutang dan geran tanah, serta amalan pinjaman berasaskan kepercayaan menjadikan mereka perintis dalam dunia kewangan Asia.

“Menamakan semula Lebuh Ampang bukan sekadar simbolik, tetapi pemulihan kebenaran sejarah, pengiktirafan terhadap legasi, dan satu sambutan terhadap keusahawanan berbilang budaya,” kata Saravanan.

 

Bekas menteri itu turut menyeru supaya identiti sejarah Lebuh Ampang sebagai pusat kewangan dikekalkan bagi mendidik generasi akan datang tentang keusahawanan diaspora dan kewangan tidak formal, selain memupuk nilai keterangkuman sebagai sebahagian daripada naratif kebangsaan.

“Biarlah nama Chetty Street bukan sekadar tertera pada papan tanda, tetapi hidup dalam hati setiap rakyat Malaysia yang melangkah di jalan itu,” katanya.



Sumber :  freemalaysiatoday 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 13-10-2025 02:26 PM
Masalahnya dulu2 ni ceti halal ke ceti Haram? #tanyajer
Quote B40tastePosh 13-10-2025 03:39 PM
Nama Lebuh Ampang tu lebih bersejarah.
Quote Skuau 13-10-2025 03:45 PM
Bukan ini nigara sudah 'ditakluki' warga asing ka???Bagila nama pasar borong rohingya,Bangla Street,Pakis town,kabupaten indon,Little myanmar dll.......
Quote krustykrab 13-10-2025 03:56 PM
Ya Allah low class nya nama
Quote Decaffeinated 13-10-2025 03:57 PM
B40tastePosh replied at 13-10-2025 03:39 PM
Nama Lebuh Ampang tu lebih bersejarah.

Jalan Ampang tu pun dapat nama sebegitu sebab jalan nak pergi Ampang kan? Apa sejarah nama Lebuh Ampang?

Quote kemaruk 13-10-2025 06:05 PM
B40tastePosh replied at 13-10-2025 03:39 PM
Nama Lebuh Ampang tu lebih bersejarah.

Nama asal jalan tu memang jalan chetti

Ditukar nama jadi leboh ampang setelah jalan ampang dibina

Nama ampang pulak asalnya dari "empangan" yang dibina di klang gate
Quote TOPwind 13-10-2025 08:22 PM
Jalan Keling Pariah


Quote Decaffeinated 13-10-2025 11:31 PM
Memang vibe chetty sangat terasa pun. Kenapa dulu galak sangat nak tukar nama jalan yang ada sejarah sebelum perang lagi. Biar ja lah.
Quote nisako 14-10-2025 10:02 AM
nape nak kena ubah nama pulak
Quote B40tastePosh 14-10-2025 10:27 AM
Edited by B40tastePosh at 14-10-2025 10:30 AM
Decaffeinated replied at 13-10-2025 03:57 PM
Jalan Ampang tu pun dapat nama sebegitu sebab jalan nak pergi Ampang kan? Apa sejarah nama Lebuh A ...


Bangsa Inggeris ni bijak dan pandai meramal.

Inggeris, Scottish Irish tak bawa sepuluh sen pun ke negeri negeri jajahan dia.

Mereka bawa pelombong dari Cina, suruh taikun Cina keluar modal untuk buka lombong di Malay States untuk dapat sumber timah, emas dan besi

Kemudian bawa Cheti , bank2 dari China untuk buka bank dan pajak gadai serta beri pinjaman mudah.

Kemudian bawa orang2 Indonesia untuk tambahkan populasi penduduk tempatan. Dan buat syarat syarat tanah dan sekatan tanah untuk terus dapatkan sumber getah, padi dan  copra dan elak lambakan barang pertanian sejenis.

Di India mereka dapat sumber gandum, jagung dan kapas.

Hasil hasil tu mereka bina sistem landasan Keretapi untuk mudahkan bawa keluar semua bahan bahan tu melalui Port Swettenham , Port Dickson dan Pulau Pinang. Port Melaka dia tutup ganti dengan Port Singapore. Takut orang Melayu dan Bugis  terus memberontak mahukan Port purba tu.

Sepuluh sen pun British tak bawa modal ke negeri negeri jajahan dia
Quote Decaffeinated 14-10-2025 11:11 AM
B40tastePosh replied at 14-10-2025 10:27 AM
Bangsa Inggeris ni bijak dan pandai meramal.

Inggeris, Scottish Irish tak bawa sepuluh sen pun k ...

Ni uols punya jawapan kertas sejarah UPSR ka? Aku bagi 10 markah.
Tapi soalan aku apa sejarah Lebuh Ampang


Quote adm7 14-10-2025 11:25 AM
Pergi pindah duduk india jela..
Quote B40tastePosh 14-10-2025 12:06 PM
Edited by B40tastePosh at 14-10-2025 12:10 PM
Decaffeinated replied at 14-10-2025 11:11 AM
Ni uols punya jawapan kertas sejarah UPSR ka? Aku bagi 10 markah.
Tapi soalan aku apa sejarah Lebuh ...


Kesimpulannya nama jalan, nama tempat kena guna Native Language la.

Tak boleh guna nama dari penjajah.

Kalau guna nama penjajah yang busuk nama British sebagai Colonizer.

Kita ubah nama tu untuk bersihkan imej British juga.

Mungkin solusi adala tulis nama lama dalam kurungan contoh Leboh Ampang (Chettiar Rd)
Quote Decaffeinated 14-10-2025 12:48 PM
B40tastePosh replied at 14-10-2025 12:06 PM
Kesimpulannya nama jalan, nama tempat kena guna Native Language la.

Tak boleh guna nama dari pen ...

Nama itu penceritaan sejarah tempat tu jangan dipadam. Penjajah pun penjajah lah. Dah jalan itu memang asalnya tempat chetty berkuntum, let it be lah.

Kalau penjajah tukar nama Sabak Bernam jadi Upper Manchester yang itu memang wajib lah kita tukar balik.


Quote B40tastePosh 14-10-2025 01:03 PM
Decaffeinated replied at 14-10-2025 12:48 PM
Nama itu penceritaan sejarah tempat tu jangan dipadam. Penjajah pun penjajah lah. Dah jalan itu mem ...

Sabak Bernam tu kalau letak nama, Six Tanur atau Sitatun Tarbun okey je sebab Pizza terbaik dan Roti terbaik asal usulnya dari Sabak Bernam. Ada 6 chef dari Bugis buat roti di Sabak Bernam, tepung diperolehi dari Malayan Flour di Manjung.

Kalau Chetty ini nama dia kurang okey sebab tempat orang berhutang dan gadai body, gadai emas..kesan dari Kapitalisme Barat. Punca Revolusi Industri ini dunia jadi panas, lepastu banyak masalah sosial.

Better ekonomi sara diri sambil makan Roti dari dapur panas Sitatun Tarbun dan minum kopi petang2, manusia pun tak sakit mental.
Quote Decaffeinated 14-10-2025 01:20 PM
B40tastePosh replied at 14-10-2025 01:03 PM
Sabak Bernam tu kalau letak nama, Six Tanur atau Sitatun Tarbun okey je sebab Pizza terbaik dan Ro ...

Kalau nak kekalkan nama lama dalam bracket macam ni kan?


Bestari Jaya (Dangling Dick)




Quote akies 14-10-2025 01:23 PM
Eh suka2 je nak tukar nama.
Biar je la nama jalan tu
Quote B40tastePosh 14-10-2025 01:25 PM
Edited by B40tastePosh at 14-10-2025 01:28 PM
Decaffeinated replied at 14-10-2025 01:20 PM
Kalau nak kekalkan nama lama dalam bracket macam ni kan?




Dagling Branch.

Kalau Tangga Batu, Stone Ladder macam Siti Kasim cakap.

Nama Port Dickson tu pun kena tukar ke Pelabuhan Dermaga sebab Dickson tu tak elok Dick-Son

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.188513 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top