CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

24 jam duduk lokap Arab Saudi, Mutalib Mubin ditahan gara-gara baju ‘Save Palestine’

13-10-2025 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1188| Komen: 14

 


PELAKON Mutalib Mubin berkongsi pengalaman ditahan pihak berkuasa di Tanah Suci Makkah pada 19 September lalu gara-gara memakai baju bertulis 'Save Palestine' yang memaparkan karikatur dikaitkan dengan kumpulan Hamas.

 

Menurut Mutalib, 34, ketika kejadian, dia berada dalam keadaan baju tersebut tertutup dengan kain ihram, namun ia tetap mencetuskan perhatian pihak keselamatan.

"Saya telah ditahan di Tanah Suci pada 19 September kerana memakai baju 'Save Palestine' yang mempunyai karikatur berkaitan Hamas, dan saya menutupinya dengan kain ihram. 

"Pihak polis memaklumkan bahawa sebarang lambang atau tanda solidariti, terutamanya di Masjidil Haram, adalah tidak dibenarkan," katanya.


Tambah Mutalib, pada awalnya dia dimaklumkan proses siasatan hanya akan mengambil masa sekitar dua jam, namun situasi berubah apabila dia ditahan hampir 24 jam dalam sel lokap.

Namun apa yang menjadi persoalan bagi pelakon itu adalah kehilangan beg miliknya yang diminta oleh polis untuk ditinggalkan berhampiran pintu lokap sebelum ditahan.

"Pada mulanya, mereka berjanji untuk menyelesaikan perkara itu dalam masa dua jam, namun saya akhirnya ditahan hampir 24 jam di dalam lokap. Saya tetap tenang dan reda berada di dalamnya," ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Mutalib turut meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan sesetengah pihak yang menafikan ruang solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin, khususnya dalam kalangan umat Islam sendiri.

Aktor itu menegaskan bahawa sebagai seorang Muslim, keutamaan seharusnya diberikan kepada kepentingan ummah, bukannya terikat kepada bangsa, keturunan atau kekayaan.

"Sebagai umat Islam, tidakkah kita sepatutnya hidup dengan memikirkan kepentingan ummah secara keseluruhan.

"Bukan berpaksikan bangsa, keturunan, atau kekayaan apatah lagi ketika umat Islam sedang ditindas dan dibunuh setiap hari?," jelasnya.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-10-2025 09:31 AM
Cer pakai lambang salib terbalik pulak, adakah kene tangkap jua?
Quote Pumpkinhead 13-10-2025 10:42 AM
dugaan dan cabaran
Quote Vanillah 13-10-2025 11:53 AM
Kalau ikut gambar, if it the same t-shirt masuk mataf, memang tak bolehlah. Cuma lelaki dlm pakaian ihram je yg boleh enter mataf. That was 1st count.Then ada slogan solidariti, 2nd count, pak arab angkut masuk lokap terus.
Quote Queenmastani 13-10-2025 04:08 PM
Tak silap kt arab kibar bendera Palestine pn tk blh
Quote Queenmastani 13-10-2025 04:10 PM
Owh satu lagi kalau pg kt kedai2 yg jual brg2 dr israhell bole plak letak mini bendera kt tepi mknan tu..pelik betoi laa pak arab ni..ada sape2 yg duduk sana bkh confirms kan ke
Quote Samerosie 13-10-2025 05:43 PM
Bukan first time malaysian kena, tahun ni je ada dah kena sebelum mamat ni.  Sebelum tu si lufya pakai jubah bendera palestine pun kena gak.
Quote Samerosie 13-10-2025 05:44 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DIsXgUwt12Q/?igsh=MWtkajR0eGt3dm10NQ==[/ig]
Quote ninja boy 13-10-2025 07:13 PM
Edited by ninja boy at 13-10-2025 09:57 PM

Masjid mekah madinah utk fokus beribadah dgn selamat, benda2 mengundang x payah bawak ke masjid, takkan nak masjid mekah madinah dibiar org ramai menunggang bendera palesrtin demonstrasi jalanan bersilat berkungfu bertawaf bakar picca jow low trump netanyu putin, spt x hormat fungsi masjid, negara arab cuba elak negara dia berperang, jika huruhara di arab itu menunjukan sangat hampir kedatangan dajal
Quote helicornia 13-10-2025 09:13 PM
Ignorance sungguh.dah lama kan peraturan arab saudi ni tk bole bawak bendera atau apa2 lambang.takkan mutawif tk bagitau
Quote emera 13-10-2025 11:04 PM
Terpaling palestin sampai x kena tpt.
Quote eLiaD 14-10-2025 11:06 AM
Bongokkk..tshirt tu kn pakaian berjahit mana sah dipakai bersama kain ihram...pointless solidarity..just focus on ur worship bruh niat ko apa masa k sana



RiP
Quote sharlenetexas 14-10-2025 02:27 PM
Who ayusss?


Quote AnnaSendin 15-10-2025 08:11 PM
Nama klasik bethols.
Quote j3m4h 15-10-2025 09:09 PM
Xsalah disisi ugama isle tp salah disisi areb law..makanya ko tetap diwhoayuskan jugeks..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.097203 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top