CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naik beca kena caj RM1,100, Syafiq Kyle dan Mimi Lana terdiam kena scam di kota London

13-10-2025 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1583| Komen: 14

 


NASIB tidak menyebelahi buat pelakon Mimi Lana dan suaminya, Syafiq Kyle, apabila pasangan itu dikenakan caj tinggi ketika menaiki beca di London semasa bercuti di sana. 

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, mereka dikenakan bayaran sekitar RM1,100 (bersamaan £190) hanya untuk perjalanan sejauh dua kilometer di ibu kota United Kingdom itu.

Lebih melucukan, Syafiq pada mulanya menyangka harga yang dikenakan adalah dalam Ringgit Malaysia sebelum menyedari ia sebenarnya dalam mata wang pound sterling.

 

"Sebenarnya ada cerita kelakar di sebalik video ni! Kami ingat tengah naik beca romantik di London. Rupa-rupanya kena scam £190 untuk perjalanan 2km je.


"Syafiq ingat RM190, dia pun kata, 'Wah murah!' Saya cakap, 'bukan sayang, itu pound'," katanya.

Perkongsian itu dibuat oleh Mimi menerusi hantaran di Instastory miliknya, yang turut memaparkan video mereka berdua menikmati suasana London sambil menaiki beca.

Menurut Mimi lagi, mereka berdua hilang kata-kata sepanjang perjalanan pulang selepas menyedari jumlah bayaran yang perlu dibayar.

Dia turut menitipkan pesanan kepada para pengikutnya agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu teruja ketika bercuti, terutamanya apabila berdepan situasi yang boleh mengundang penipuan.

"Kami dua-dua terus senyap sepanjang perjalanan balik. Pengajaran betul! Sebab tu lah orang tua-tua cakap, jangan seronok sangat!

"Jadi kalau korang pergi London, tak payah lah nak mengada sangat naik beca. Kat Melaka pun ada!," luahnya.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 13-10-2025 09:30 AM
x abis lagi ke honeymoon
Quote KamikuP 13-10-2025 09:32 AM
Edited by KamikuP at 13-10-2025 01:36 AM

"Lebih melucukan, Syafiq pada mulanya menyangka harga yang dikenakan adalah dalam Ringgit Malaysia sebelum menyedari ia sebenarnya dalam mata wang pound sterling." - YA amporno.. bodonya ko Capik belakang cikit.. sia2 je ko masuk UITM dulu..  huhuhuh
Quote aammyy 13-10-2025 09:57 AM
Bukan ke datuk vida dah kena scam jugak tuari.
Quote fattymah 13-10-2025 09:57 AM
Romantika dah nak start balik ke
Quote marchikobonzo 13-10-2025 10:14 AM
Dah kenapa p london nak orang tu nak quote currency malaysia..harus la pound..ish ish ish
Quote Pumpkinhead 13-10-2025 10:41 AM
Fuh! Jadikan pengajaran
Quote supernaturalee 13-10-2025 10:43 AM
beca kt melaka 50 hinggit je takde pun nak naik kan??


Quote September14 13-10-2025 11:07 AM
Yg kt jepun abam sado tarik beca tu bpe rm caj sllu?
Quote TravellingBear 13-10-2025 11:21 AM
aammyy replied at 13-10-2025 09:57 AM
Bukan ke datuk vida dah kena scam jugak tuari.

Penat je hasmiza viralkan
Quote nisako 13-10-2025 01:13 PM
sape suruh naik
Quote Perawankota 13-10-2025 05:28 PM
Alas korg pon berduit kan.. lebih kurang harga hotel semalam jer kat sana
Quote sharlenetexas 13-10-2025 06:15 PM
Samalah mcm bidah.


Quote cmf_jeangrey 13-10-2025 06:52 PM
Mmg kena sembelih
London tu ramai pendatang mcm Paris jugak
Next time nk jalan2 pi off beaten track
Kawasan countryside
Tapi sekrg kt UK sentimen anti migrant masih panas
So just be careful
Quote TomyamPuteh 14-10-2025 06:39 AM
Beca kt Melaka pon Aku jeling gitu je.Nk ambik gambar dgn beca Aku bayar la ringgit.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.039281 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top