CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syukur... 9 aktivis kemanusiaan Malaysia selamat tiba di KLIA

13-10-2025 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 192| Komen: 1

 


SEMBILAN aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) selamat tiba di tanah air petang Ahad selepas melalui detik cemas ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

Pesawat yang membawa kesemua aktivis itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.55 petang.

Kepulangan mereka disambut penuh emosi oleh ahli keluarga, rakan serta pertubuhan kemanusiaan tempatan yang sejak awal mengikuti perkembangan misi tersebut.

Antara yang turut menyambut ketibaan mereka ialah isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengerusi MyCARE, Datuk Seri Kamal Nasharuddin Mustapha. 

Mereka sebelum ini berlepas menuju Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan, namun kapal yang dinaiki disekat tentera laut Israel kira-kira 120 batu nautika dari Semenanjung Gaza pada Rabu, 8 Oktober.


Semua aktivis kemudian dibawa ke pelabuhan Ashdod dan ditahan beberapa hari sebelum dibebaskan serta diterbangkan ke Istanbul, Türkiye pada Jumaat.

Antara yang terlibat ialah Prof. Emeritus Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr. Fauziah Mohd Hassan, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh, Dr. Noorhasyimah Ismail, Syaff Sukri, Norsham Abu Bakar dan Dr. Maziah Muhammad.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pumpkinhead 13-10-2025 10:39 AM
Alhamdulillah selamat sampai

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2025 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.042565 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top