|
SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi cerita mengenai suaminya yang berdepan masalah ketagihan bahan terlarang. Dalam hantaran di Thread, wanita itu mengakui hilang 'selera' untuk bersama selepas mengetahui kegiatan suaminya. "Turn off dengan suami sejak kantoi dia hisap ganja. Dah tahu lama, cuma baru nampak depan muka. "Dia bersumpah, berjanji tak sentuh dah benda tu. Masa tu juga dia buang semua benda tu. Tapi tu la, aku jadi turn off, faham tak? "Nak berasmara dana tu aku jadi tak ada nafsu langsung. Sejak dari yang dia mengaku hisap ganja tu la langsung turn off," tulisnya. Di sebalik ketagihan itu, dia berkata suaminya merupakan seorang suami yang baik dan tidak culas menjalankan tanggungjawabnya. Di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang dilihat menyokong perbuatan suami wanita itu walaupun ia jelas menyalahi undang-undang dan diharamkan dalam agama. "Ganja lagi okay, jangan (curang) dengan perempuan lain, itu lagi turn off terus. "Baik hisap ganja daripada cari perempuan lain," demikian komen kurang bijak netizen. Bagaimanapun, ada warga maya yang turut memberi saranan agar dia berpisah atau mencari jalan bagi menghentikan ketagihan suaminya. "Bawa dia buat urine test randomly setiap bulan. Janji mulut penagih tak boleh percaya. "Malaysia tak legal benda tu. Daripada kena (tangkap) lebih baik berhenti. "Daripada jadi isteri derhaka, masuk neraka, baik mengaku tak ada hati dan minta cerai," antara komen netizen. Sumber : mStar |
tenderfly replied at 12-10-2025 07:39 PM
Aku ada adik ipo, cengginila.. Kata dah x sayang, skali laki kena tangkap merayu kat mak mertua suru ...



mawardia replied at 16-10-2025 12:13 AM
Try la dulu.
Org kata kaki barang ni main sedap, sis.
Org kata la.
ADVERTISEMENT