CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belanjawan 2026: Peminjam PTPTN culas bayar kena sekatan perjalanan ke luar negara

11-10-2025 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 725| Komen: 13



Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik mulai tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA daripada keluarga pendapatan rendah dan menengah, yang memberi manfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun.

Menurutnya, Kerajaan memberikan Pendidikan Percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA, dengan peruntukan RM120 juta setahun.

"PTPTN lahir dari iltizam mengeluarkan anak bangsa dari kancah kemiskinan melalui pendidikan.

"Sejak penubuhan, PTPTN telah membuka jalan kepada jutaan mahasiswa menjejak kaki ke menara ilmu dan mengubah nasib keluarga," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 11-10-2025 01:17 PM
Edited by PULANGKAN at 11-10-2025 01:18 PM
yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik mulai tahun hadapan.

dulu pun penah buat kan tak silap iols

nak fly kena tahan. pastu bising kat counter. bila bagitau sangkut ptptn, on the spot bayar lumpsum, settle kat airport tu jugak diorang transfer, semata2 nak fly punya pasal. bukan pegi mana, pegi vaacaaayyyy ptui

ada je duit, mampu bayar. tapi saja tanak bayar

muka setepek tempe mulut bau petai,
terhegeh2 nak baling salji.
iols lontar abc kang padan muka chuols

dah mampu tu bayar je la.
benda pinjam takde niat nak bayar atau ganti, adalah mencuri
Quote B40tastePosh 11-10-2025 04:45 PM
Jangan bagi diorang tunaikan Umrah .
Quote gekkou 11-10-2025 09:39 PM
setuju
golongan2 ini lah bakal melahirkan generasi suka berhutang dan culas membayar hutang
Quote ekselen 11-10-2025 09:44 PM
PULANGKAN replied at 11-10-2025 01:17 PM
dulu pun penah buat kan tak silap iols

nak fly kena tahan. pastu bising kat counter. bila bagitau  ...

ptptn tu siap boleh byr rm50 sebln tu pun ada yg bg mcm2 alasan.. pdn muka derang
Quote kakikuDibibirmu 11-10-2025 09:58 PM
Faizal Tahir tersenyum sinis
Quote Kitty_catz 13-10-2025 11:22 AM
sokong!

hutang pinjaman mara jugak

link terus dgn kwsp

kalau ada caruman kerja, then kena start membayo
Quote Pumpkinhead 13-10-2025 11:23 AM
sekat je....sebab sebenarnya boleh je start bayar dari RM50 then dah rasa stabil kewangan bayar lebih sikit RM150-200. Kalau boleh buat passport RM200 dan travel pasti boleh usaha bayo hutang yer dok?
Quote Skuau 13-10-2025 11:52 AM
Abg..kaka..Saiya mau kasitau u worang saiya suda jadi timbalan mintri la....lain hal takmau ingt la....
Quote azimodin 14-10-2025 12:35 AM
PULANGKAN replied at 11-10-2025 01:17 PM
dulu pun penah buat kan tak silap iols

nak fly kena tahan. pastu bising kat counter. bila bagitau  ...

Dorang ni jenis entitled. Dah bodoh tak dapat biasiswa, nak pinjaman "percuma" pulak. Batch aku ni rata2 dah 14-17 tahun kerja tapi ada lagi member yg meratib pasal terseksa bayar PTPTN. Anak masing2 dah sekolah rendah. Tapj aku tengok kereta bertukar2, handbag tak nak kalah. Aku pon pinjam ptptn halfway sebelum dapat biasiswa, 5 tahun kerja aku dah settle bayar guna cara monthly deduction+ keluar EPF
Quote sharlenetexas 14-10-2025 12:48 AM
Skuau replied at 13-10-2025 11:52 AM
Abg..kaka..Saiya mau kasitau u worang saiya suda jadi timbalan mintri la....lain hal takmau ingt la. ...

Pendidikan tak percuma ye. Dah takyah guling2.


Quote midori888 14-10-2025 08:38 AM
meols sokong!
Quote royaldanish 14-10-2025 01:08 PM
melancong boleh
hutang x dapat nak bayar

bagus lah ketatkan balik.
Quote farlis 14-10-2025 01:46 PM
sokong..blh ja link terus dgn kwsp..
moga peminjam yg telah menyebabkn i blacklisted dgn mara, tanggung akibatnya.. sesen pun x nk byr, anak dh 4. tunjuk muka dgn i pun x pernahh..buduhhhh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067266 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top