CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jadikan isu Palestin sukatan pelajaran sekolah - Heliza Helmi

9-10-2025 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1641| Komen: 28

 


Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi menyarankan kisah Palestin dijadikan silibus atau sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.

Heliza berkata, langkah itu dapat membuka mata masyarakat sejak usia pendidikan awal mengenai penderitaan dilalui saudara sesama Islam di negara itu.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia kerana bersama mengangkat isu Palestin.

"Saya berharap selepas ini dalam silibus pembelajaran anak-anak kita masukkan kisah Palestin," katanya ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.


Turut tampil di pentas, adik Heliza, iaitu Hazwani Helmi dan aktivis kemanusiaan, Farah Lee.

Heliza turut berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka berhadapan tentera Israel ketika ditahan dan 'diculik' selama tiga hari dalam pelayaran misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.

Heliza berkongsi, ketika ditahan, dia bersama delegasi lain menunjukkan sikap keras kepala dan menentang arahan tentera Israel hingga rejim itu pasrah dengan mereka.

Himpunan Solidariti Bersama Gaza turut menampilkan pemidato lain yang merangkumi aktivis GSF Malaysia. Antara mereka adalah Zizi Kirana, Ardell Aryana, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat), Muhamad Abdullah (Ustaz Mad Kecik) dan Nadir Al-Nuri.

Acara bersejarah itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby.


Sumber : BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-10-2025 05:43 PM
Mengarutnya la...

Quote dua_chzy 9-10-2025 05:44 PM
Sejarah negara kau ini sendiri pun tak dicerita betul2 dalam silibus sekolah...
Quote dua_chzy 9-10-2025 05:52 PM
Kita nak cerita dalam buku Sejarah camna Melayu Deutro berperangai persis Yahudi dengan mengambil tanah meka dan mengusir Melayu Proto masuk hutan dari penempatan asal meka pun, masih malu2 dik...
Quote ___ 9-10-2025 05:59 PM
Edited by ___ at 9-10-2025 06:02 PM

Sepatutnya masukkan money management dlm silibus supaya tak terpedaya dgn scam skim pelaburan.

Silibus macamana nak avoid scammer macam laki kau lagi relevant.
Quote becir 9-10-2025 06:00 PM
___ replied at 9-10-2025 05:59 PM
Sepatutnya masukkan money management dlm silibus

Silibus macamana nak avoid scammer macam laki kau  ...

lol, on the point sgt
Quote sharlenetexas 9-10-2025 06:11 PM
Meloncat puak2 tuh. Lalu tujuh menteri membawa tanglung.


Quote sharlenetexas 9-10-2025 06:13 PM
Ajar subjek kemanusiaan dan dedahkan kepada kerja2 volunteering ini.


Quote Purplehaz 9-10-2025 06:14 PM
Eh lelebih pulak si mata terbuntang ni. Habis nk disauknya.
Quote ___ 9-10-2025 06:19 PM
Aku baca komen katanya pasal palestin ni memang dah ada dlm silibus buku Sejarah Tingkatan 5.

Quote cm_vungtau 9-10-2025 06:27 PM
Kau jelah belajar dengan laki kau.

Patut laki ko kena belajar pendidikan moral, supaya tak scam orang dan tahu scam itu salah
Quote oklatu85 9-10-2025 06:37 PM
cm_vungtau replied at 9-10-2025 06:27 PM
Kau jelah belajar dengan laki kau.

Patut laki ko kena belajar pendidikan moral, supaya tak scam ora ...

Ahhh .. I Baru nak comment yg Sama
Elok masukkan buku Dalam pendidikan kewangan muka Kaki scam...
Quote cattiecute 10-10-2025 09:36 AM
aku tengok kat medsoc semakin ramai kecam dorang ni
dulu masa time otw ke G tu semua doa2 gittew
sekarang tukar mengecam pulak

Quote pichee 10-10-2025 09:50 AM
___ replied at 9-10-2025 05:59 PM
Sepatutnya masukkan money management dlm silibus supaya tak terpedaya dgn scam skim pelaburan.

Sili ...

hahahaha kejam kau!!
Quote Thunderclouds 10-10-2025 11:52 AM
Haih.. Yg bukan² aje dicadang
Quote antaradua 10-10-2025 12:14 PM
Mohon masukkan dalam silibus juga tentang bahaya scammer skim investment yang tidak wujud.
Quote nutcrack8 10-10-2025 12:15 PM
Jangan ganggu sekolah kami - Fadhlina
Quote tipah89 10-10-2025 12:50 PM
dia ni Kalau bercakap Otak mcm Lebih kecik dari mata buntang dia tu. dengar dia cita pengalaman masa kena tahan pun xmampu akü nak habiskan sbb mcm semak n beriya gila.
Quote AbukRokok 10-10-2025 04:06 PM
nope....
Quote AbukRokok 10-10-2025 04:07 PM
xpercaya dah dengan retorik penyokong pengganas ni lepas syria nak tunggang gaza plak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2025 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.042055 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top