CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zizi Kirana kongsi cerita pasport, Ardell harap solidariti kepada Palestin terus subur

9-10-2025 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 670| Komen: 3

 


Zizi Kirana berkongsi penyeksaan dilalui ketika ditahan tentera Israel gara-gara melemparkan kata-kata yang dikatakan menyentuh emosi rejim itu.

Zizi berkata, pengalaman getir itu berlaku ketika pasport miliknya diperiksa, di mana dia dengan berani menegur tindakan biadab anggota tentera Isrel yang dilihat seolah-olah mempersendakan rakyat Malaysia.

"Ketika ditahan, kami dibawa ke tempat pemeriksaan pasport. Di situ saya dapat keberanian walaupun mereka (tentera Israel) sangat gembira dan teruja menerima kehadiran orang Malaysia.

"Apabila saya sampai mereka cakap 'welcome to Israel, have you been to Israel before?' (selamat datang ke Israel, adakah anda pernah ke Israel sebelum ini?).

"Dengan berani, yakin dan kekuatan Allah beri, saya cakap kepada mereka 'you should open and read the first page in our passport that you are not recognised in our country' (anda perlu buka dan lihat halaman pertama pasport kami bahawa anda tidak diiktiraf di negara kami)," katanya ketika menyampaikan pidato pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.



Ucapan Zizi kemudian mengundang sorakan dan tepukan gemuruh ribuan peserta himpunan.

Tambah Zizi, tindakannya itu mengundang kemarahan anggota tentera Israel hingga dia diperlakukan dengan kasar. Zizi kemudian dipisahkan daripada rakan lain yang bersama dalam misi kemanusiaan.

"Disebabkan itu, mereka campak pasport saya. Kemudian, mereka heret saya ke meja seterusnya. Tetapi, Allah beri kekuatan untuk saya tidak mengalah," katanya.

Sementara itu, Ardell Aryana berharap sokongan rakyat Malaysia kepada Palestin tidak terhenti.

"Saya berharap semoga semangat ditunjukkan tidak terhenti di sini. Ini adalah malam permulaan untuk untuk meneruskan misi kemanusiaan buat Palestin demi agama dan amanah yang Allah tetapkan.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri bertungkus-lumus untuk membebaskan kami. Terima kasih juga buat semua yang menyokong dalam usaha pembebasan Palestin," katanya.

Sumber : BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 10-10-2025 01:47 AM
Ermmmm
Quote maery 10-10-2025 03:40 AM
Ulang ulang sal cite dorg..naik kan story yg baya2 mak ayah kita tu. Dan paling penting rakyat palestine…
Quote babynina30 10-10-2025 10:10 AM
Pakcik zra dpt layanan elok sajo

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2026 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.038485 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top