CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alha Alfa Sumbang RM46,000 Untuk Gelombang Kedua GSF

8-10-2025 08:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 470| Komen: 6

 


Jurusolek dan usahawan Datuk Alha Alfa memaklumkan dia menerima panggilan daripada aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri yang memerlukan sumbangan untuk disalurkan kepada misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi perkongsian di Threads, Alha berkata dana tersebut diperlukan untuk persediaan sekiranya pasukan misi memerlukan khidmat guaman selepas ditahan tentera Israel ketika misi bantuan ke Gaza.

 

“Semalam Tuan Nadir telefon saya, mereka memerlukan sumbangan tambahan untuk bayaran guaman atau kalau duit guaman sudah lepas mereka nak buat Sumud Flotilla gelombang kedua. Yang lebih besar,” katanya.


Sementara itu, Alha turut berkongsikan dia berjaya mengumpul sebanyak RM46,000 dalam sesi siaran langsung serta akan menyerahkan keseluruhan wang ke misi berkenaan.

“Saya jadi sangat teruja dan tak sabar. Yang sertai sesi siaran langsung saya di YouTube malam tadi, walaupun sekejap, kami berjaya kumpul RM46,000. Jadi, semua wang tersebut kita akan serahkan ke sana.

“Syukur dan terima kasih semua. Namun, usaha ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Saya nak usahakan yang lebih besar supaya banyak lagi dana akan terkumpul,” katanya.

Sumber: Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote me12345 8-10-2025 10:02 PM
Semoga murah rejeki
Quote pinkpunk 9-10-2025 08:33 AM
bukn duit dialah kan. duit peminat dia yg menyumbang
Quote cicicumel 9-10-2025 08:44 AM
Makin cantik alfa ni.potong rahang ke
Quote missbigrockstar 9-10-2025 08:55 AM
Tajuk pun perbetoi lah. Duit org ramai yg menderma masa live tok Alfa ni. Bukan solely duit dia.
Quote aammyy 9-10-2025 09:02 AM
Amboi jari yg menaip tajuk tu amboi amboi
Quote Shayang 9-10-2025 11:43 AM
Aritu aku nampak Anas pun sumbang 50k
Duit dia sendiri la kot
Kaya2 dorang ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.064704 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top