CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vivy Yusof, Suami Dapat Semula Pasport Untuk Sertai Percutian Islamik Di Istanbul

8-10-2025 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3240| Komen: 60

 


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa membenarkan pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar, mendapatkan semula pasport antarabangsa mereka buat sementara waktu untuk menghadiri program Islamik di Istanbul dan Bosnia.

Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam Shaarvin Raaj, yang mewakili pasangan berkenaan. Pasport mereka akan dipulangkan hari ini dan perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 13 November depan.

Shaarvin memaklumkan bahawa anak guamnya akan menyertai program Islamic Historical Retreat to Istanbul-Bosnia with Sheikh Wael Ibrahim dari 4 hingga 11 November, dan memerlukan pasport segera bagi urusan visa.

Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah turut memaklumkan pihak pendakwaan tidak membantah permohonan tersebut.

Sebelum ini, mahkamah turut membenarkan pasangan itu mendapatkan pasport untuk menunaikan umrah pada Disember 2024.



Pada 5 Disember tahun lalu, Vivy, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah melibatkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Mereka didakwa sebagai pengarah FashionValet melakukan pecah amanah dengan memindahkan RM8 juta daripada akaun syarikat kepada 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan lembaga pengarah pada 21 Ogos 2018 di sebuah cawangan Public Bank di Bukit Damansara.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 yang membawa hukuman penjara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-10-2025 09:00 AM
mOHON mereka yg songlap duit tersungkur hidop di dunia dan akhirot
Quote pocongkiutss 8-10-2025 09:30 AM
Wow..last2 gitu jer? Ingtkn impressive benor hukumannya..last2 gitu jugak
Quote nisako 8-10-2025 10:01 AM
wowwwwwww
Quote zuriey 8-10-2025 10:09 AM
Mmc tak fhm..hujung tahun kan dia selalu geletis nk p obersi main salji..
Quote irvene 8-10-2025 10:12 AM
hari tu sakit macam dah nak tersungkur ke tanah dah. alih2 nak healing dkt istanbul
Quote cicicumel 8-10-2025 10:12 AM
Program islamik? Ayoo penting sgt ke smpai diluluskan
Quote LadyWhistledown 8-10-2025 10:52 AM
masih belum jatuh hukuman ke?
ada plak duit nak gi retreat2 ni ye
Quote hyie 8-10-2025 11:03 AM
terpaksa la highlight perkataan ISLAMIK tu kan so that acik2 netizen kurang sikit melaharnya..namun tidak iya untuk acik2 por
Quote Bholatchomel 8-10-2025 11:12 AM
untunglah... cam gitu je... boleh dapat bercuti lagi..  bukan dia sakit teruk ke??
Quote Kitty_catz 8-10-2025 11:17 AM
this is kepala bana! ptuik
Quote ___ 8-10-2025 11:23 AM
kau pi usrah celebrity je lah vivy. atau perkampungan sunnah.
Quote cmf_premierleag 8-10-2025 11:28 AM
hyie replied at 8-10-2025 11:03 AM
terpaksa la highlight perkataan ISLAMIK tu kan so that acik2 netizen kurang sikit melaharnya..namun  ...

Penunggang agama mcm bebek usop ni mmg mcm tu..suka guna word ISLAMIC sbb dia tau, emosi acik2 kepam kat msia ni mmg akan cair melting la kalo bende yg involve agama
Quote BungaKencana 8-10-2025 11:31 AM
mksdnye vivy masih kaya lg...
Quote bluebutter 8-10-2025 11:39 AM
Bestnya hidup!.

Kadang ada orang mmg diberi gifted hidup Kaya Dari kecik.

Ini ikhlas.

Tak dengki.

Allah seronok nya hidup!.
Quote royaldanish 8-10-2025 11:52 AM
BungaKencana replied at 8-10-2025 03:31 AM
mksdnye vivy masih kaya lg...

memang kaya rayakalau miskin dh lama meringkuk penjara
Quote royaldanish 8-10-2025 11:53 AM
apa agaknya perasaan yg masih lagi support dia ni bila tahu dia lulussss pergi istanbul lama pulak tu.

melepas la rindu shopping bag d sana... nak tayang mcm dulu2 pulak x dapat
Quote BungaKencana 8-10-2025 11:54 AM
royaldanish replied at 8-10-2025 11:52 AM
memang kaya rayakalau miskin dh lama meringkuk penjara

hr tu posting mcm da miskin nau...
Quote rbmy 8-10-2025 11:58 AM
wow hebat T20 ni... kalau marhaen mmg tak adil
Quote kechikchomel 8-10-2025 12:03 PM
TinVy & TokZa pergi tak kelas agama RM800 Jah Lofa haritu

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top