CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Benarkan Lelaki Kahwin Lain Jika Nafkah Masih Tertunggak” – Abby Abadi

8-10-2025 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1278| Komen: 17

 


Pelakon Abby Abadi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik hantaran di Threads hari ini yang menegur sikap segelintir lelaki yang berkahwin baharu tanpa menyelesaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri dan anak-anak.

Dalam kenyataannya, Abby menyatakan bahawa mahkamah di Malaysia sepatutnya menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas.

Katanya, jika berlaku perceraian, selagi kes belum selesai dan nafkah masih tertunggak, lelaki tidak sepatutnya dibenarkan untuk berkahwin lagi. Menurutnya, langkah sebegitu akan memastikan setiap pihak bertanggungjawab dan tidak memandang ringan soal nafkah selepas bercerai.

“Kalau cerai, selagi kes belum selesai dan nafkah tertunggak tak boleh kahwin baru… haa baru betul macam tu! Ini suka-suka je nak kahwin cerai, kahwin cerai. Tanggungjawab ke laut!” tulisnya di Threads sambil menegur Mahkamah Syariah supaya mengambil perhatian terhadap isu ini.


 

Kenyataan Abby mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya. Mereka berpendapat ramai bekas isteri terpaksa menanggung beban membesarkan anak-anak sendiri apabila nafkah tidak dibayar, sedangkan bekas suami sudah melangkah ke kehidupan baharu.

Isu tunggakan nafkah sememangnya menjadi antara masalah utama dalam kes perceraian di Malaysia. Walaupun undang-undang membenarkan tuntutan dibuat di Mahkamah Syariah, proses penguatkuasaan sering mengambil masa yang panjang dan ada pihak yang terlepas daripada tanggungjawab.

Seruan Abby dilihat sebagai peringatan agar sistem undang-undang Islam lebih tegas dalam melindungi hak wanita dan anak-anak, serta memastikan setiap lelaki menunaikan tanggungjawab mereka sebelum memulakan kehidupan baharu.
 

Sumber:– Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 8-10-2025 08:31 AM
Pompuan2 bodoh yg akan kejor berair air bila tengok konek jantan.



Quote KamikuP 8-10-2025 09:03 AM
Perli oman ke tu? ekekeke
Quote manehnya 8-10-2025 09:26 AM
setazah arbiah tolong lah perjuangkan masuk dlm parlimen dgubal
Quote NazRysha 8-10-2025 09:41 AM
bakyah bodo
Quote BungaKencana 8-10-2025 10:44 AM
ok maklumed
Quote Rogue98 8-10-2025 01:34 PM
Lama tak nampak diaorang pi cuti sama2 dah...
Quote fanaz82 8-10-2025 03:45 PM
org lelaki ni panjang akal. tak dpt kahwin kat malaysia, pujuk2 nikah kat siam. pastu tak daftar kat malaysia. banyak dah kes mcm tu
Quote faradani36 8-10-2025 03:48 PM
Alaaaaa...bayah sebok nak interpremmm ya...jangan sebok tang lelaki je..yang "PENYONDOL" nak kena ambik tindakan jgak. Klaw lah x bagi kawen kat Malaysia pergi je kat Golok dah settle kan...
Quote TeropongThaico 8-10-2025 03:50 PM
Quote Bergosip 8-10-2025 03:54 PM
KamikuP replied at 8-10-2025 09:03 AM
Perli oman ke tu? ekekeke

ni abby respon pasal kes viral dekat thread & tiktok. lelaki tu tak datang court 5 kali sampaikan ex wife kena pergi wedding laki tu untuk dapatkan tandatangan laki tu
Quote adelea 8-10-2025 05:44 PM
Bergosip replied at 8-10-2025 03:54 PM
ni abby respon pasal kes viral dekat thread & tiktok. lelaki tu tak datang court 5 kali sampaikan  ...

habis tu yg anak pompuan dia tu panggil macam mana , dah nikah
Quote Bergosip 8-10-2025 06:33 PM
adelea replied at 8-10-2025 05:44 PM
habis tu yg anak pompuan dia tu panggil macam mana , dah nikah

post abby tu tak ada kena mengena dengan anak abby

abby post statement masa kes viral nurin alisa serang ex husband dia dekat masjid (kahwin baru). ex husband nurin tu ada tunggakan nafkah anak, tunggakan nafkah idah dan ada kes saman sivil. u search je dekat tiktok ke thread ke twitter ke facebook. viral kes ni. dan abby post statement tu hari yang sama dengan kes tu. ex husband nurin tu pon tak datang court 5kali, tak selesaikan kes etc etc. tapi, boleh kahwin lain. post abby berkaitan dengan kes ni


tentang anak abby, rasanya kita semua ahli forum atau nitizen2 memang tau kan abby tak restu perkahwinan anak dia. anak dia pon kahwin senyap2. abby nak halang pon tak boleh
Quote Chah21 8-10-2025 07:06 PM
NazRysha replied at 8-10-2025 09:41 AM
bakyah bodo

Kenaper pulak dimakinya itu
Quote adelea 8-10-2025 08:14 PM
Bergosip replied at 8-10-2025 06:33 PM
post abby tu tak ada kena mengena dengan anak abby

abby post statement masa kes viral nurin alis ...

Hahahhaha … Ehh kita tahu la dia ckp psl nurin tu

Kitorg pon discuss topik tu kat thread shu edisi blusher tumpahh
Quote Hoola 8-10-2025 08:22 PM
org msia ni the nvr ending hal skandal,kwin siam, kwin10, nikah cerai,munakahat
kalu maju skit cite psl flex laki kaya,flex reta

orglain umo 22 dah bjuang ke palestin dh oiiiiii
Quote zeitabaei 9-10-2025 01:07 AM
bakyah suruh doa dan nasibat marisa cerai aslam.katanya marisa layak dapat lebih baik.. dia ingat anak fia baik ke ajak org check in
Quote Bergosip 10-10-2025 11:00 AM
adelea replied at 8-10-2025 08:14 PM
Hahahhaha … Ehh kita tahu la dia ckp psl nurin tu

Kitorg pon discuss topik tu kat thread shu  ...

ahh, sebab pelik pulak kenapa ada forumer kecam abby. lagipon statement abby tu bagi i betul lah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.043591 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top