CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jangan menang di luar negara, kena bagi menang FFM’ - Sharnaaz Ahmad

7-10-2025 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2963| Komen: 76

 


Mengharapkan ketelusan, aktor Sharnaaz Ahmad memohon penjurian Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) tidak hanya menilai sesebuah karya berdasarkan pencapaian yang diraih di luar negara.

Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, berkata pengiktirafan yang diterima filem di peringkat antarabangsa sewajarnya bukan dijadikan tiket untuk penganjur tempatan memilih nashkah terbabit sebagai pemenang.

“Saya datang malam ini memang ada perkara ingin disampaikan. Satu hal yang saya harapkan daripada FFM jangan bila nampak ‘orang itu’ menang di luar negara, kita pun kena bagi kemenangan di Malaysia.

“Sebaliknya, perincian penjurian kena tumpukan terhadap mutu filem yang dihasilkan, sekali gus usahakan untuk mempertingkatkan lagi penerbitan naskhah tanah air.

“Pastikan kemenangan diberikan kepada filem berkualiti. Saya tak kisah (saya) tak menang, asal filem berkualiti diiktiraf. Pemilihan perlu berpaksikan ketelusan, bukan pengaruh luar. Hormati filem kita sendiri,” katanya selepas majlis perasmian FFM34 serta pengumuman calon Top 5, malam tadi.



Pada masa sama, Sharnaaz yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Terbaik bersyukur apabila filem lakonannya, Blood Brothers: Bara Naga mengungguli pencalonan FFM34 dengan 13 pencalonan.

“Alhamdulilah untuk kesemua 13 pencalonan membabitkan 11 di bawah tiket Blood Brothers: Bara Naga. Ini semua hasil kerja berpasukan.

“Tahniah buat semua yang terbabit merealisasikan filem ini termasuk pelakon, kru di balik tabir serta pengarah. Mudah-mudahan kita menang,” ujarnya.

Dalam kategori Pelakon Lelaki Terbail itu, Sharnaaz bersaing dengan Qi Razali (Babah), Beto Kusyairi (Riversi), Aeril Zafrel (Laknat) serta Tony Eusoff (Mencari Ramli).

Menariknya, tiga lagi tunjang utama filem aksi arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya serta Syazwan Zulkitly pula dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Antara kategori lain yang menyaksikan saingan daripada filem pecah lakonannya itu termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik serta Rekaan Kostum/Busana Terbaik.

Sementara itu, Anugerah FFM34 bakal berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media dan disiarkan secara langsung di TV2 RTM serta YouTube FINAS pada 1 November ini, pukul 8.30 malam. 

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 7-10-2025 02:48 PM
tp lakonan chuols dlm tu beshe2 jer, mcm mainkan watak sendiri pun ada gak. bg iols, capik kyle lagi power dlm movie tu. watak teraniaya pastu fight utk defend diri.
Quote MatDeghem 7-10-2025 03:32 PM
BoongaKertas replied at 7-10-2025 02:48 PM
tp lakonan chuols dlm tu beshe2 jer, mcm mainkan watak sendiri pun ada gak. bg iols, capik kyle lagi ...

Attah keledek ada?



Quote BoongaKertas 7-10-2025 03:47 PM

yg tu jd penyampai anugerah jer sesuai lah. tp tu pun bakalan dipertikaikan sbb cengal jati.
Quote sukanyanyi 7-10-2025 04:27 PM
Edited by sukanyanyi at 7-10-2025 04:28 PM

Salunya meols tak bape suka heols ni tp ini kali meols sapot. Juri ffm salu menggelupur bg aktor/aktres or naskhah tu menang only bila dh menang kat luar negara. Takot org kecam la tu ckp dh menang level antarabgsa takkan la kat negara sniri tak menang? Hakikatnya mmg juri ffm tgk gitu pon. Kalo naskhah sendu tu tak menang kat luar, mmg juri ffm tak pandang pon dorang utk angkat jd pemenang kn? Ingat org tak prasan? Yg masih tgk anugrah sendu gini mcm meols ni prasan jer
Quote Joysparta 7-10-2025 05:25 PM
BoongaKertas replied at 7-10-2025 03:47 PM
yg tu jd penyampai anugerah jer sesuai lah. tp tu pun bakalan dipertikaikan sbb cengal jati.

Cengal jati yang sejati
Quote cmf_premierleag 7-10-2025 05:36 PM
Nanas, ko belakon pun bukan best mana pun
Blood brader tu meletop sbb syafik kyle je pun..aku ni sbb nk tgk SK je bukan nk tgk kau nanas..... and aku kuatkan niat di hati tgk kt
netflix 'sengaja aku tonton blood brothers sbb syafik kyle kerana aku minat sapik kyle'
So ko jgn nk perasan sgt bleh x?
Film magik rompak ko tu sendu jah
Baik aku pi tgk film Sore...film Indon tp jauh lg berkualiti
Quote Cintakapuri 7-10-2025 07:34 PM
cmf_premierleag replied at 7-10-2025 09:36 AM
Nanas, ko belakon pun bukan best mana pun
Blood brader tu meletop sbb syafik kyle je pun..aku ni sbb ...

Kejamnya uols
Quote cmf_premierleag 7-10-2025 08:20 PM
Cintakapuri replied at 7-10-2025 07:34 PM
Kejamnya uols

Iols jujur sis
Sbb nanas ni perasannnn sgt konon BB dpt kutip juta2 tu sbb dia yg belakon
Lontaran dialog pun kayu
Sama mcm amelia berak x cebok tu
Quote sharlenetexas 7-10-2025 08:25 PM
cmf_premierleag replied at 7-10-2025 08:20 PM
Iols jujur sis
Sbb nanas ni perasannnn sgt konon BB dpt kutip juta2 tu sbb dia yg belakon
Lont ...

Ayat yg last sekali tu auchhh


Quote cmf_premierleag 7-10-2025 09:15 PM
sharlenetexas replied at 7-10-2025 08:25 PM
Ayat yg last sekali tu auchhh

Kan sheols buat tmpt main pikebol takde bidet nak cebok kan..this one sums everything about her
Quote BoongaKertas 8-10-2025 08:45 AM
cmf_premierleag replied at 7-10-2025 09:36 AM
Nanas, ko belakon pun bukan best mana pun
Blood brader tu meletop sbb syafik kyle je pun..aku ni sbb ...

kan? lontaran suara dia mcm mendatar, muka dia dah mmg nmpk natural jahat so tak rasa mcm dia tgh berlakon. lain dgn SK, SK plak muka helok then ttiba kena frame, kena defend diri, kena main dgn perasaan and expression muka. tu baru lah patut masuk kategori pelakon lelaki terbaik. iols x fhm lah penjurian ni camner sbnrnye.
Quote prince_marhaen 8-10-2025 09:46 AM
Kau pun berlakon watak yang itu-itu je.... takde la berbakat mana//
Quote vanilla_ice 8-10-2025 10:09 AM
cmf_premierleag replied at 7-10-2025 05:36 PM
Nanas, ko belakon pun bukan best mana pun
Blood brader tu meletop sbb syafik kyle je pun..aku ni sbb ...

meols terpaksa setuju dengan yang ini...
SK tu meols suka dia berlakon action start dari 1cent thief lagi....
dia pandai bawak watak, nmpak la emosi dia dalam tu walaupon filem action....
nanas ni aku tak rasa sedih pon kat dia masa wife dia mati tuh, sbb dia macam takde emosi...
tp masa tu aku pikir, ooo gangster mmg macam ni bini mati pon mcm takde perasaan....
tp SK tu masa abang dia kena tikam pon meols sedih, walaupon masa tu mamat tu buat lawak "3 kali kot aku kena"......
see, beza sangat kan penghayatan watak tuh.....
Quote cmf_premierleag 8-10-2025 10:36 AM
vanilla_ice replied at 8-10-2025 10:09 AM
meols terpaksa setuju dengan yang ini...
SK tu meols suka dia berlakon action start dari 1cent thi ...

Khueen..dahla suara mendatar, pastu lakonan gerak langkah sume kayu tahap gaban
Pastu perasan nak mampos konon BB ni dpt kutip juta2 sbb dia dgn acah2 mcm gengster taik kucing
Alangkan kalo tgk drama biasa kt tv ms dulu ada muka nanas ni pun, aku cecepat tukar cenel..inikan nk tgk dia dlm filem....tp sbb ada SK, aku kuatkan hati nurani jiwa raga ni nak gak tgk smpi hbs film tu
Quote cmf_premierleag 8-10-2025 10:38 AM
BoongaKertas replied at 8-10-2025 08:45 AM
kan? lontaran suara dia mcm mendatar, muka dia dah mmg nmpk natural jahat so tak rasa mcm dia tgh b ...

Khueen..even kalo SK belakon drama biasa2 pun, emosi tu mmg smpi ke penonton
Si nanas ni, apa drama bodoh dia belakon dulu tu yg somiku encik sotong....eh..SK ada class..dia takkan pilih drama dan watak bodoh sotong mcm tu
Nanas je yg sanggup sbb maybe dah takde job lain ms tu kan..sauk je la apa yg ada
Quote awenda507 8-10-2025 01:19 PM
Cite BB tu mmg SK yg cemerlang. Mamu ni biasa2 je. Watak sama je dia. Tak sudah2 tunjuk gangster ajelah
Quote missbigrockstar 8-10-2025 01:25 PM
Edited by missbigrockstar at 8-10-2025 01:31 PM

Sapik and shukri yahya, shazwan hanya tercalon pelakon pembantu?
Diorang bertiga ni lagi terkesan bawa watak, rasa mcm watak utama.
Quote sphinx 8-10-2025 01:39 PM
awenda507 replied at 8-10-2025 01:19 PM
Cite BB tu mmg SK yg cemerlang. Mamu ni biasa2 je. Watak sama je dia. Tak sudah2 tunjuk gangster aje ...

mamu ni watak gitu jelahh.. even dlm drama TV pun gitu.. rasanya after cite jebat tu kot, terus lekat watak acah gangster pastu mcm takde dah watak2 lain. sampaikan in real life pun nk buat acah gangster juga..
Quote ezacbee 8-10-2025 03:28 PM
missbigrockstar replied at 8-10-2025 01:25 PM
Sapik and shukri yahya, shazwan hanya tercalon pelakon pembantu?
Diorang bertiga ni lagi terkesan b ...

Dorang ber 3 je terkesan. Ghaz takat bergaya dia menang.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.044826 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top