CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Greta Thunberg, 171 aktivis GSF dibebaskan, naiki penerbangan ke Greece

7-10-2025 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1792| Komen: 11

 


TEL AVIV – Israel mengusir 171 lagi aktivis asing, termasuk aktivis kempen perubahan iklim Sweden, Greta Thunberg, lapor BBC hari ini.

Greta ditahan apabila tentera Israel memintas bot-bot Global Sumud Flotilla (GSF) yang cuba melanggar sekatan tentera lautnya ke atas Gaza untuk menghantar bantuan asas pada minggu lalu.

Kementerian Luar Israel berkata, aktivis-aktivis itu berlepas ke Greece dan Slovakia.

Aktivis lain yang dibebaskan termasuk warganegara Greece, Slovakia, Perancis, Itali, Britain, dan Amerika Syarikat.

Kementerian sama memuat naik gambar Greta memakai pakaian sukan kelabu dan berjalan di lapangan terbang Israel.

Setakat ini, kementerian tersebut telah mengumumkan pengusiran 341 daripada lebih 470 orang yang menaiki 42 buah bot GSF yang dipintas tentera laut Israel. – AGENSI

Sumber: – KOSMO! ONLINE

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Akalditipumata 7-10-2025 01:23 PM
Knp dia blh jadi mastermind? Sbb otak dia fokus dia kepada G. Rasanya dia yg paling teruk dibantai ngn isewwel tu.. tp dia xnk cerita ape yg dia kne.. sbb fokus dia bukan kt situ.. dia xnk media fokus ke situ.. dia nk org fokus terus kn bantu G... Nmpk X bezanya dgn yg lain..
Quote Pumpkinhead 8-10-2025 10:11 AM
Bebas dan sambung berjuang
Quote Cassieopeia 8-10-2025 10:17 AM
Akalditipumata replied at 7-10-2025 01:23 PM
Knp dia blh jadi mastermind? Sbb otak dia fokus dia kepada G. Rasanya dia yg paling teruk dibantai n ...

memang dia berbeza sama mcm ZRA, blk senyap2 dr KLIA. tp yg lainpun hebat sebab sanggup ambil risiko pegi sane. dan sekurangnya pendedahan tentang layanan buruk tu buka mata penyokong israhell tu atau budak muda yg dok pelekeh diorg pg sia2
Quote Akalditipumata 8-10-2025 05:18 PM
Cassieopeia replied at 8-10-2025 10:17 AM
memang dia berbeza sama mcm ZRA, blk senyap2 dr KLIA. tp yg lainpun hebat sebab sanggup ambil risi ...

Itula.. harap2 jgn terhanyut dgn publisiti..
Quote B40tastePosh 8-10-2025 07:04 PM
Acik rasa ramai orang Sweden support dia ni.

Tapi aktivis dari Malaysia tu, bukan semua orang Malaysia support.
Quote slavehunter 8-10-2025 07:08 PM
Yawn...... it's all about " Controlled opposition".
Quote ultra78 8-10-2025 08:43 PM
Akalditipumata replied at 7-10-2025 01:23 PM
Knp dia blh jadi mastermind? Sbb otak dia fokus dia kepada G. Rasanya dia yg paling teruk dibantai n ...

Itulah. Dia tak cerita pun layanan yang dia terima. Orang lain yang cerita. Kalau rakyat malaysia pulak sampai cucu-cicit dia akan cerita.
Quote Akalditipumata 8-10-2025 11:23 PM
ultra78 replied at 8-10-2025 08:43 PM
Itulah. Dia tak cerita pun layanan yang dia terima. Orang lain yang cerita. Kalau rakyat malaysia  ...

Dan berdendang la ceritanya di axiataaa...
Quote B40tastePosh 8-10-2025 11:38 PM
Edited by B40tastePosh at 9-10-2025 01:28 AM

Aktivis dari Malaysia tu , acik tak minat nak tahu cerita mereka, acik nak tahu apa next plan mereka kengkunun aktivist sangat tu.
Quote Akalditipumata 9-10-2025 08:22 PM
ultra78 replied at 8-10-2025 08:43 PM
Itulah. Dia tak cerita pun layanan yang dia terima. Orang lain yang cerita. Kalau rakyat malaysia  ...

Penuh jemputan lepas balik..
Quote batmana 9-10-2025 09:29 PM
patut himpunkan 1 juta bot ke gaza, baru zionis kelam kabut nk terjah mana satu..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.043867 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top