|
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan mengganti semua telofon bimbit sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang dibuang ke laut. Anwar berkata, semua 23 sukarelawan Malaysia terbabit akan menerima gantian berkenaan. “Insya-Allah kita akan ganti kesemuanya (telefon bimbit 23 rakyat Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, di sini, hari ini. Terdahulu media melaporkan, sukarelawan GSF dilatih untuk membuang telefon ke laut sebagai langkah keselamatan sekiranya kapal ditahan tentera Israel. Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, prosedur itu digariskan bagi mengelakkan data peribadi dan maklumat sensitif dipintas pihak tidak bertanggungjawab. Menurutnya, SOP tersebut telah diterangkan dan dipraktikkan kepada semua delegasi sebelum mereka memulakan pelayaran.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
Decaffeinated replied at 7-10-2025 08:36 AM
23 x RM1k = RM23k wang cukai ke laut Mediterranean. Mission accomplished katanya.

ultra78 replied at 7-10-2025 08:27 AM
Please don't tell me mereka ke sana pakai personal phone. Mereka patut pakai burner phone yg ada min ...
nutcrack8: Kerajaan ke yg hanta?
areyam replied at 7-10-2025 11:29 AM
murah sangat... at least harga 3K... kalau below 1K ... budak2 pun xnak pakai... katanya gambar/vi ...
cm_vungtau replied at 7-10-2025 03:14 AM
Sendiri nak pergi, pehal lak nak pakai duit tax rakyat marhaen? Tu orang miskin kat Sempoerna Sabah ...
ADVERTISEMENT