Antarabangsa
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Antarabangsa 22-9-2025 09:32 AM 813 Views
DescriptionSIAPA sangka disebalik kerjaya cemerlang sebagai pelakon dengan gaya hidup serba mewah, rupa-rupanya aktres Luna Maya pe ...

ADVERTISEMENT



 


SIAPA sangka disebalik kerjaya cemerlang sebagai pelakon dengan gaya hidup serba mewah, rupa-rupanya aktres Luna Maya pernah melalui detik sukar termasuk tidak mempunyai wang. 

Menerusi program Update Kehidupan di saluran Trans7 [Tonton video] , Luna mendedahkan dia pernah menangis kerana mengalami kesempitan duit. 

"Ya orang tak pernah tahu saya menangis kerana tak ada duit. 

"Peminat mesti tak percaya sebab mereka sangka hidup saya sentiasa senang," katanya. 

Tambah pelakon drama Main Api itu, dia turut berkongsi pengalaman pahit apabila akaun bank miliknya pernah kosong sepenuhnya. 

"Pernah juga akaun bank saya hanya tinggal RpO (Rupiah Indonesia). 

"Saya hanya bergantung hidup sepenuhnya pada kad kredit," ujarnya. 

Luna bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak pernah berkongsi mengenai kesusahan hidup yang dilaluinya secara terbuka. 

Kata Luna, dia kini menguruskan wang dengan menyimpan semua hasil pendapatan ke dalam akaun syarikat bagi kegunaan pelbagai komitmen. 

"Saya bukan kaya, saya susah tapi semua duit saya masuk ke akaun syarikat.


"Takkan saya nak cerita semuanya kan?," katanya sambil ketawa.

 

Sumber : mStar

Prev.:Minum banyak air cara saya jaga kulit – Lee Jun-young

Next:Miliki rupa paras mirip IU, pempengaruh digelar 'Dark IU' kerana terlibat dalam industri hiburan dewasa


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru
chiyoasuka 22-9-2025 12:52 PM
Banyakkk duit
KamikuP 22-9-2025 02:07 PM
vIDIo lucahmu tetap menjadi pojaan hatikuu