CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Polis terima laporan isu video tular isteri curang dengan doktor

28-8-2025 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1779| Komen: 0

 


KOTA BHARU: Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan video tular memaparkan wanita berstatus isteri orang yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan seorang doktor di sini.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada doktor pusat perubatan swasta di sini pada jam 6.27 petang Ahad lalu.

"Kes diklasifikasikan RLA (rujuk lain agensi)," katanya dalam kenyataan ringkas pada Khamis.

Sinar Harian Online sebelum ini melaporkan, tular di Facebook memaparkan seorang pemuda menerjah dan merakam detik-detik isterinya curang bersama doktor berstatus suami orang sehingga mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki itu tidak pernah menyangka individu yang paling disayanginya sanggup berpaling tadah kepada lelaki lain meskipun sudah 10 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama-sama.


Kata bapa kepada dua cahaya mata itu, punca permasalahan bukan disebabkan miskin, gaduh, tidak meluangkan masa bersama atau tiada persefahaman, sebaliknya gara-gara terma 'office wife'.

“Saya tak pernah sangka orang yang saya sangat sayang, yang setiap malam tidur di sisi sanggup curang.

“Setelah 10 tahun berkahwin rumah tangga saya musnah. Sejak dia bekerja, saya yang sokong dari awal hingga akhir. Hantar kerja luar, lalui pengajian jarak jauh (PJJ) berbulan-bulan, jadi telinga semasa dia stres, siapkan kerja bila penat, malah selalu tunggu balik lewat malam.

“Saya tak pernah curiga sebab percaya. Tetapi, rupanya selama ini dia dibelai orang yang dah berumah tangga. Berstatus profesional dan dihormati masyarakat, tapi hakikatnya tak lebih daripada perosak rumah tangga orang,“ katanya pada Ahad. 

Sumber - Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.344806 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top