CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Diam salah, bersuara pun 'kena'! Dr Malar kongsi tip suami hadap 'mood swing' isteri datang bulan

26-8-2025 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 402| Komen: 0

 


SEORANG pengguna media sosial meluahkan rasa buntu apabila perlu berdepan dengan isteri yang sedang datang bulan. 

Menurut lelaki itu, apa sahaja tindakannya dalam tempoh itu serba tak kena bagi isteri, yang mana berdiam diri dianggap salah dan begitu juga jika dia bersuara.

Luahan itu mendapat perhatian pempengaruh, Dr Malar Santhi Santherasegapan yang memberikan nasihat positif dan santai.

 

"Nikmati kecelaruan itu, kagumi kecomelannya dalam kekacauan. 

"Esok lusa bila dia (isteri) dah tua dan dah tiada mood swing, kamu akan merindui sikap 'gila-gila' ketika masa mudanya,” jelas Dr Malar.


Dr Malar turut berkongsi pengalaman peribadi tentang bagaimana ketika muda beliau sering membuat suami 'pening' dengan emosinya yang tidak menentu ketika haid. 

Namun, kini ketika berusia 40-an dan lebih tenang, suaminya pula berasa keliru dan 'rindu' sehingga kadang-kadang sengaja mengusik dirinya untuk mendapatkan reaksi seperti dulu.

Dr Malar turut menegaskan bahawa perubahan emosi ketika haid bukanlah sesuatu yang buruk, sebaliknya biologi semula jadi yang diciptakan untuk wanita.

“Belajar untuk mencintai, memahami, dan menghormati keadaan itu. Itu kunci hubungan yang sihat,” tambahnya.

Cara layan isteri datang bulan:

1. Bersabar dan jangan cepat melatah.

2. Bertanya dengan lembut jika dia perlukan apa-apa.

3. Hormati ruang peribadi dan jangan paksa berbual.

4. Ingat bahawa 'mood swing' hanya sementara.

5. Hargai setiap fasa kerana ia sebahagian daripada perjalanan hidup berumah tangga.

Haid bukan sekadar isu fizikal, tetapi juga melibatkan emosi. 

Dengan empati dan sokongan suami, tempoh ini dapat dilalui dengan lebih harmoni  dan mungkin menjadi momen yang dirindui pada masa hadapan.


Kredit: – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.035796 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top