CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pemuda dedah realiti pahit beli rumah 'landed' untuk pelaburan, disewa! Silap langkah duit poket melayang

26-8-2025 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 774| Komen: 6

 


RAMAI pembeli rumah landed (bertanah) pada awalnya menyangka ia boleh menjadi pelaburan hartanah yang menguntungkan.

Namu, realitinya tidak seindah disangka apabila terdapat situasi pulangan sewa gagal menampung bayaran bulanan pinjaman bank.

Di kawasan pinggir bandar seperti Semenyih, Kajang, Nilai dan Puncak Alam, untuk rumah pada kadar RM3,700 sebulan yang ditetapkan bank sebagai contoh, ada pemilik terpaksa membayar sendiri baki ansuran bulanan kerana hasil sewaan hanya lingkungan RM2,000 hingga RM2,500 sahaja.

Situasi ini menyebabkan ramai pemilik kerugian setiap bulan kerana perlu menambah ratusan hingga ribuan ringgit dari poket sendiri kerana rumah yang dibeli terpaksa disewa pada kadar rendah.

“Ramai ingat beli 'landed' pasti untung. Tapi bila tengok sewa pasaran tak naik, rumah pun banyak kosong, akhirnya pemilik yang terpaksa tanggung beban,” kata pelabur hartanah di media sosial.


Antara faktor yang dikenal pasti menjadi punca situasi ini:

- Kadar sewa rendah di kawasan pinggir bandar walaupun harga jualan rumah semakin naik.

- Persaingan tinggi kerana banyak projek 'landed' baharu dibangunkan.

- Kos penyelenggaraan lebih tinggi, termasuk kerosakan pagar, bumbung dan kebocoran.

- Permintaan sewaan terhad, kerana kebanyakan pembeli membeli untuk didiami, bukan untuk disewa.

Individu tersebut menasihatkan bakal pembeli supaya berhati-hati sebelum merancang menjadikan rumah 'landed' sebagai aset pelaburan kerana ia sesuai untuk kediaman sendiri dan bukannya untuk pulangan sewaan. 

Sekiranya pembelian bagi tujuan pelaburan, kawasan berhampiran universiti, pusat bandar atau laluan pengangkutan awam lebih mendapat permintaan yang tinggi.


Kredit: – mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 26-8-2025 08:45 PM
Lagi dulu dh tau la
Landed property ni utk jual..pelaburan ok la, itupun tgok prospek kaw.
Taknak rugi sewa better beli flat apt kondo..tapi kena tmpt juga..harus lingkungan city centre, beli mahal..sewa pun mahal, boleh cover loan, maint fee, etc.
Quote naina 27-8-2025 11:19 AM
Sekarang beli rumah utk aset atau pelaburan adalah bukan langkah bijak
Baik KO simpan emas fizikal setiap bulan dari KO bayar loan rumah termasuk interestnya sekali.
Quote swateng1 27-8-2025 11:44 AM
org beli landed kalau nk sewa, make sure sewa lg mahal dr bayar bulan2 kat bank baru laa ada untung. beli rumah mahal2, baik duduk sendiri ja. rugi sewa kat org, buat rosak jaa. kalau nk buat sewa, beli apartment or flat
Quote Prickford 27-8-2025 12:58 PM
penyewa skang pon bnyk nak cari rumah ala2 kondo. Mcm2 fasiliti ada. Parking pon sah2 dpt 2 slot.
Quote KamikuP 27-8-2025 04:24 PM
aDA pro dan kontra ye cuolls

Pro : ko ada aset utk jangka masa panjang
Kontra : duit sewa kena top up dgn duit sendiri utk bayar pinjaman bank (mungkin sikit atau lebih) tutup sebelah mata jahh cuolls..
Quote afie_m 28-8-2025 12:55 PM
kena pandai cari tempat lah..ada yg untung n rugi..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.151609 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top