CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes demam, batuk, asma meningkat akibat cuaca panas

4-8-2025 11:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1159| Komen: 3

 


ALOR SETAR – Cuaca panas melampau yang melanda beberapa daerah di Kedah sejak Sabtu lepas belum mencetuskan sebarang kes strok haba dalam kalangan penduduk di kawasan itu, namun terdapat peningkatan kes berkaitan penyakit lain direkodkan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria berkata,  trend kemasukan dan yang menerima rawatan di hospital serta klinik kesihatan meningkat sedikit di Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Dengan cuaca sebegini, memang dijangka akan berlaku peningkatan kes demam, batuk, asma dan selsema.

“Memang ada sedikit peningkatan dalam bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital, namun masih dalam kawalan dan belum mencapai tahap membimbangkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar minum air kosong secukupnya selain mengelak aktiviti fizikal yang terlalu lama di luar ketika cuaca panas.


“Kanak-kanak dan warga emas paling terdedah kepada penyakit berkaitan cuaca ini, kita harap masing-masing mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia turut memaklumkan sebanyak 10 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada status cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) ekoran perkara itu.  


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikdot 5-8-2025 09:38 AM
seminggu 2 ni panas betholl..tapi malam & awal pagi tadi sojukk. sampai air paip pun sejukk. ingatkan aku berada kat ostrolia tadii..
Quote Yoonggi 5-8-2025 12:42 PM
aku pun dah start rasa penin2 2-3 hari ni wlu minum air kerap. cepat je mulut rasa kering. pastu bila terkurang minum air, cepat je air liur rasa pahit, ish
Quote L.U.S.M 6-8-2025 11:50 AM
Datang tok lip syukri katanya family dia kena buatan org..walhal mmg cuaca tgh xberapa ok skrg..dgn jerebu tempoh hari lepas tu sendiri kerah satu family buat live TikTok smpi demam sakit apa semua xcukup tidur.. hujung2 dia kata kena sihir..sbb org dengki

Mentality pprt sungguh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.038316 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top