|
Hubungan pelakon Emma Maembong dan deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd kembali menjadi perhatian apabila mereka dilihat menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 bersama, semalam. Perkara tersebut dikongsikan dalam Instagramnya yang memperlihatkan dirinya mengenakan blazer merah jambu berjalan beriringan dengan Emma, yang tampil anggun mengenakan gaun hijau dan korset berona merah jambu. Selain gambar bersama Emma, DJ Kidd juga berkongsi sebuah video yang menunjukkan dirinya berada di dalam dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bersama kelompok artis lain. Tanpa memperincikan tentang keberadaannya di acara terbabit, DJ Kidd meninggalkan kapsyen ringkas menyatakan minatnya terhadap warna merah jambu, merujuk kepada pakaian yang digayakannya. “I love pink (saya suka merah jambu),” katanya. Sebelum ini, timbul gosip mengatakan pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 33, sudah berkahwin dengan DJ Kidd.
Malah, Emma dan lelaki berkenaan turut didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan gambar tular dalam media sosial. Namun, Emma menafikan dakwaan sudah berkahwin dan menegaskan tiada hubungan istimewa engan lelaki berkenaan. Abang iparnya iaitu penyanyi Cat Farish turut menyangkal dakwaan kahwin dan menyifatkan lelaki itu obses terhadap Emma. Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun. Sumber – KOSMO! ONLINE |

I.K.A888990 replied at 5-8-2025 01:40 AM
sukalah si kidd ni emma dah "umumkan" kat semua yg dialah jejaka di hati emma

tootii replied at 5-8-2025 12:59 PM
naper aku tetiba teringat kat DJ Panda ngan Erika ?
pocongkiutss replied at 5-8-2025 02:25 AM
Nape mcm dh kurang lawo

Carcosa replied at 5-8-2025 10:48 AM
Hah, mana terpaling abg ipor si byk penyakit tu??
Sebokkkkkk kesah si Timoh. Mcm la kau yg kawen dgn ...
tipah89 replied at 5-8-2025 12:36 PM
rasa mcm downgrade betul Timoh dgn si DJ ni.
Carcosa replied at 5-8-2025 10:48 AM
Hah, mana terpaling abg ipor si byk penyakit tu??
Sebokkkkkk kesah si Timoh. Mcm la kau yg kawen dgn ...
PinkyPie replied at 5-8-2025 07:46 PM
Abang ipar skang terpaling big family with chepone. Diangkut anak anak heolz gi beraya umah chep.
sukanyanyi replied at 5-8-2025 02:11 PM
Semestinya.. penuaan kn berlaku pd retis juga
ADVERTISEMENT