|
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mendedahkan dia menjadi mangsa apabila dirinya diraba ketika mempromosikan produk ibu bapanya di sekitar Masjid India semalam. Memetik mStar Online, Ammar berkata kejadian itu berlaku ketika dia sibuk membantu ibu bapanya bersempena kempen Malaysia Book of Records jualan Bag Tangan Terpantas bagi jualan siaran langsung “Saya tak suka orang yang bersikap tak bertamadun sebab saya baru saja kena raba. Saya kena raba di pinggang, ketiak dan saya memang tak suka perkara itu,” katanya. Sementara itu, Ammar berkata dia tidak ada masalah jika ada yang mahu bergambar serta beramah mesra namun kecewa apabila ada yang mengambil kesempatan. “Saya tiada masalah kalau ornag ajak bergambar atau nak bersembang tapi bila dah melampaui batas, saya terus hilang minat,” katanya.
Menurut Ammar, dia memaklumkan perkara itu kepada ibunya, Datin Seri Nur Shahida yang menasihatinya untuk kekal tenang dan dia memilih untuk memaafkan kerana kejadian itu mungkin tidak disengajakan. “Saya dah bagitahu mak saya dan dia kata dalam hidup memang ada orang macam tu, Tapi mungkin juga orang itu salah faham atau tak sengaja. Jadi saya maafkan saja,” katanya. Sumber – mStar Online, Rotikaya |




Manusiabesa replied at 4-8-2025 09:41 AM
Kena harras ke dik.... cian..
Lantak situ.
Xde yg elok la pulak anak2 deme ni di mata aku..
sleepandream replied at 4-8-2025 09:23 PM
jual bag tangan mestila pompuan yang beli? acik2 mana la yg raba tu? aneh2 yaaaa
tootii replied at 5-8-2025 01:04 PM
boleh tak nak suruh dia p sambung study mana2 ? pastu keje .. tak yah telibat ngan konten2 mak bapoa ...
black_handbag replied at 5-8-2025 12:59 PM
sape yg buta selera nak raba ko ni dik? akak tengok macam budak tak cukup umo lagi ni
ADVERTISEMENT