CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nampak banyak darah keluar dari hidung, leher dan mata... Ibu pelik jenazah anak pelatih Palapes ada kesan lebam

1-8-2025 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3323| Komen: 22

 


IBU kepada Syamsul Haris Shamsuddin, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai merayu agar siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, mendakwa kematian Syamsul, 22, yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu menimbulkan rasa curiga susulan keadaan fizikal mangsa yang dilihat tidak sepadan dengan sebab kematian yang didakwa akibat sawan.

"Saya diberitahu anak meninggal dunia pada 28 Julai pukul 4.33 petang oleh seorang pensyarah melalui panggilan telefon.

"Sebab kematian yang dimaklumkan adalah kerana mengalami sawan selepas menjalani latihan menembak.

"Tapi apabila saya melihat jenazah di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, keadaannya sangat menyayat hati. Terdapat banyak darah keluar dari hidung, leher dan mata. Tubuhnya juga kelihatan lebam serta dadanya dipenuhi kesan seakan darah beku," ujar Ummu Haiman yang merupakan seorang guru.


Dia berkata demikian dalam sidang media di pejabat peguam Datuk Naran Singh & Co, Ipoh, pada Jumaat.

Ibu tunggal itu juga memaklumkan dia tidak dibenarkan melihat keseluruhan jenazah atau mengambil gambar ketika di hospital berkenaan, sebelum membuat permintaan agar urusan bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail kerana mahu ia dilakukan oleh pakar forensik.

Ujarnya, laporan yang diterima selepas bedah siasat masih tergantung dengan alasan menunggu keputusan makmal kimia, yang dijangka mengambil masa tiga bulan.

Ummu Haiman berkata, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Khamis bagi meminta siasatan lanjut dijalankan terhadap kematian anaknya itu.

"Saya tidak menuduh sesiapa, cuma saya mahukan kebenaran. Saya minta polis siasat secara menyeluruh dan temu bual semua pelatih yang ada bersama anak saya semasa perkhemahan itu," ujarnya lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi dan pegawai perubatan yang terbabit bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.

Sumber – mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 1-8-2025 11:19 PM
Kesian mak arwah...dh la ibu tunggal
Nasib baik mak arwah ni bijak dan tegas
Awal2 lg dh buat laporan polis minta buat siasatan menyeluruh...semoga dipermudahkn urusan mak arwah ...amin
Quote Decaffeinated 1-8-2025 11:41 PM
Macam mana darah boleh keluar dari leher?
Quote pocongkiutss 2-8-2025 01:45 AM
Selagi tertuduh takde kabel..ok je kan..kalau berkabel..anak org mesken tp ada kabel pokcik mokcik pun bleh jd jah khen..janji ada kabel..tak semestinya anak vvip pun
Quote Kiahlemau 2-8-2025 11:52 AM
Kenapa waris tak boleh nk tengok keseluruhan jenazah ye? Memang itu prosedur biasa ke?
Quote isseliparjepun 2-8-2025 12:51 PM
Ada la tu nak cover. Palapes ni, banyaknya senior over dengan in service yang kononnya nak melatih, tapi jadi pusat lepas geram. Mohon siasat CO terlibat, bersama pegawai pegawai yang duduk unit situ, dengan senior poyo yang belajar tak kemana, asyik extend sem tapi sibuk nak buli junior palap.
Quote dua_chzy 2-8-2025 02:42 PM
Kiahlemau replied at 2-8-2025 03:52 AM
Kenapa waris tak boleh nk tengok keseluruhan jenazah ye? Memang itu prosedur biasa ke?

Tak. Tak biasa.
Quote dua_chzy 2-8-2025 02:44 PM
1000064947.jpg

Meols nak salahkan beksin kowbid punca manusia gila bertambah gila.
Quote hart_attack 2-8-2025 05:42 PM
Buli bunuh lagi ke?
Quote ninja boy 2-8-2025 06:14 PM
Spt yg dijangka palapes pembuli dan pembunuh
Quote Goodluckdontcry 2-8-2025 06:42 PM
Edited by Goodluckdontcry at 2-8-2025 06:44 PM

Takziah den ucapkan...den xnmpk keadilan didunia..tp klu ada, bagusla..tp ingtlah keadilan Allah SWT itu lbh besar dan azabnya juga besar..bersabarlah puan..doa2 kpdNya byk2..nk hrpkan manusia..sejujurnya den tgk, xblh dihrp pun...tambah yg ada skrg majoritinya adalah manusia2 jht adik beradik sepupu sepapat setan laknatullah... Jdnya, buat la setakat yg termampu..klu sdh tibe rs letih dan lelah walau keadilan yg dimahukan tak kunjung tiba..cukupla kembalikan kpd yg Maha Berkuasa..Dialah yg menimpa seberat2 dan seazabnya balasan dosa..
Quote hashashes 2-8-2025 07:09 PM
Anak sulung oii, harapan mak dia
Ibu tunggal pulak
Barua betul pihak U & hospital, skali polis kalau saja nak sembunyi kan kebenaran
Quote hart_attack 2-8-2025 07:26 PM
Dorg kena suap kot sbb tu diam
Quote B40tastePosh 3-8-2025 08:35 PM
Goodluckdontcry replied at 2-8-2025 06:42 PM
Takziah den ucapkan...den xnmpk keadilan didunia..tp klu ada, bagusla..tp ingtlah keadilan Allah SWT ...

Betul, serahkan pada Allah bac Sudah Yassin minta keadilan dari Allah kalau teraniaya. Mahkmah dunia bukannya adil pun, buang duit je.
Quote borne 3-8-2025 11:53 PM
Kasi up..
Quote TeropongThaico 4-8-2025 11:10 AM
Innalillahiwainnaillahirojiun
Harap kes ni disiasat secara menyeluruh
Risau lak dgn activity luar anak2 ni
Kita sbg parent letak kepercayaan diarg lak bertindak sebaliknya
Quote shernazz 4-8-2025 11:19 AM
Iols harap ada la yanf tolong acik ni .
Sedih dgn anak meninggal...
Punca meninggal tak tau kenapa..
Kesian
Quote cantthinkofany 4-8-2025 03:38 PM
ninja boy replied at 2-8-2025 06:14 PM
Spt yg dijangka palapes pembuli dan pembunuh

ehem...ehem.....tak jugak...aku bekas palapes....latihan mmg bapak teruk....so aku pelik la jugak bila diarang ni masih bertenaga untuk melanyak orang selepas latihan....aku balik je latihan mcm nak patah semua kaki2 and tangan2 aku....mmg kedebom je tidur...
Quote naina 4-8-2025 04:09 PM
Siasatan habis2 habisan. Sepatutnya hak mak dia la nak tengok keseluruhan tubuh jenazah. Lepastu ambik gambar sebagai bukti. Mesti wajib..pihak hospital takda hak halang. Aku PALAPES jugak dulu tapi xdelah dengar pelatih kena sawan sampai lebam2 berdarah bagai. Ni kena dera ni. Ramai2 belasah yg akhirnya kena sawan. Mungkin kepala kena sepak ke dgn boot kawad. Kena cek macam mana boleh kena sawan. Sejarah kesihatan dia. Sebelum join ni adalah seorang yg aktif.
Quote naina 4-8-2025 04:10 PM
Macam mana ni..parents dah mula takut nak hantar anak2 masuk asrama 1 hal. Nak masukkan universiti join aktiviti lasak pun dah takut. Aku pun ada plan nak Suh anak join PALAPES. Adoiii

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062530 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top