CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Orang lain beli tiket, bro ini santai jumpa Sheila On 7 (SO7) di kedai mamak

25-7-2025 10:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1373| Komen: 9

 


Seorang lelaki tidak menyangka dapat bertemu Eross dan Duta iaitu dua anggota kumpulan popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) sewaktu singgah di restoran mamak di Kota Warisan, Sepang.

Menerusi hantaran TikTok cronyz MH, dia bercerita keterujaannya dapat bertemu Eross dan Duta memandangkan telah meminati SO7 sejak sekian lama.

“Gila tak gila weh, rezeki terjumpa band Indonesia legenda kat kedai mamak di Kota Warisan. Eross dan Duta SO7, peminat sejak tahun 2000 lagi, tiga album kaset beli ye,” katanya.

Menjawab pertanyaan orang ramai, dia memaklumkan telah bertemu dua individu yang diminatinya itu pada pukul 6 petang semalam.

Dalam pada itu, ramai yang ‘cemburu’ apabila lelaki tersebut dalam berjumpa anggota SO7 sekali gus disifatkan sebagai rezeki tidak disangka.

“Saya modal tiket dekat RM200 untuk tengok dia orang dari jauh. Abang modal roti canai kat mamak, dah jumpa dia orang sedekat ini,” komen seorang pengguna TikTok akumakdansesuatu.


“Ya Allah dekatnya dengan kedai saya. Tak ada rezeki betul la,” kata Mastura.

“Anak saya dengan kawan-kawan beli tiket nak tengok kat Bukit Jalil, brother santai berlaga bahu. Mesti cemburu anak saya dan kawan-kawan,” kata Annis.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, selepas tujuh tahun, SO7 bakal kembali ke Malaysia menjayakan festival muzik Latihan Pestapora yang akan berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok.

Kali terakhir SO7 beraksi di Malaysia adalah menerusi Konsert Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur di Starxpo Centre, Kenanga Fashion Mall (KWC) pada 2018. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 27-7-2025 12:46 PM
Duta dah tak handsome yaa mcm muda dulu..dulu Duta tu antara yg good looking dlm SO7 @ pattern rambut dia buat dia nampak xhandsome..
Quote _blackbird 27-7-2025 05:11 PM
Aku pon pernah jumpa duta kat warong di yogyakarta. Done riak. Ahahahaha
Quote prince_marhaen 28-7-2025 09:43 AM
Diorg memang selalu ada kat Malaysia, ada yang ulang alik rasanya sebab ada family sini, tak sure sedara ke apa... nak jumpa, try la lepak kedai mamak/india banana leaf (Sri Nirwana) dekat Bangsar (Bangsar Village) tu..takpun dekat mahbub situ... dah 3-4 kali terserempak diorang lepak situ.. ehehehe
Quote jelitayu 28-7-2025 05:13 PM
kedai mamak mana kat kota warisan tu dia org pegi? sana bersepah2 kedai mamak...cer kabo...
Quote jelitayu 28-7-2025 05:14 PM
kedai mamak mana kat kota warisan tu dia org pegi? sana bersepah2 kedai mamak...cer kabo...
Quote lasagna 29-7-2025 08:51 AM
tunglaaaaaa...
Quote kechikchomel 29-7-2025 11:25 AM
agaknya dorang touch down je terus lepak mamak

Quote shida81 29-7-2025 08:54 PM
Seriousla..muka dorang lain weyyy.. Igt bpk2 baru lepas htr ank g sek

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052634 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top