CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berat Hanya 45 Kg, Tiada Tawaran Kerja Antara Faktor Dharma Harun Alami Tekanan

4-7-2025 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2628| Komen: 42



Pelakon Dharma Harun berkata tiada lagi tawaran berlakon sejak tiga tahun lalu antara faktor dia mengalami tekanan dan masalah kesihatan.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 68 tahun itu berkata dia turut kurang selera makan sehingga beratnya menyusut disebabkan masalah dihadapi.

“Saya akui masalah stres menyebabkan berat saya turun mendadak. Kalau dulu setiap hari saya keluar bekerja tapi sekarang tawaran kerja pun tiada.

“Syarikat produksi yang diusahakan dah 3 tahun tidak aktif. Bila tiada tawaran kerja, tiadalah pendapatan. Macam mana nak bayar rumah, anak-anak saya masih belajar” katanya.

Sementara itu, pelakon filem Adik Manja itu mengatakan beratnya kini 45 kilogram berbanding dahulu 85 kilogram. Dharma turut mempunyai beberapa penyakit antaranya gastrik, bengkak di jantung dan paru-paru serta tiroid.

“Saya ada sakit jantung membengkak, tapi tidaklah bahaya. Doktor hanya minta saya jaga kesihatan, selain itu paru-paru saya pun ada bengkak sikit selain menghidap asma.


“Kalau diikutkan saya ada banyak pantang larang setiap kali nak makan. Jadi, habis saya nak makan apa? Saya bantai saja dan bila bantai, malam saja kena serangan asma. Tengah malam nafas saya berbunyi tapi ada ubat saya okay.

“Gastrik buatkan saya rasa tak ada selera makan. Dari hari ke hari badan memang makin susut. Lapar tapi tiada selera,” katanya.

Dalam pada itu, Dharma turut memohon jasa baik penggiat seni agar dapat memberikannya peluang untuk mencari rezeki dalam lakonan atau penerbitan.

“Kalau ada mana-mana pihak boleh bantu saya bagi jog, saya rasa masih ada harapan. Lagipun saya masih boleh bawa kereta dan ingat saya masih baik. Tiada rasa nak pengsan atau sebagainya,” katanya.

Sumber: mStar Online

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 4-7-2025 09:10 PM
Ramai anak org ssh sedar diri sanggup berhenti sekolah,kerja sebab nak bantu keluarga. Yg ni mmg kedua2 anak kategori pemalas Dan pentingkan diri. Harap ada pihak bawak bpk dia dok rumah kebajikan.
Quote asfaz 4-7-2025 09:16 PM
Edited by asfaz at 4-7-2025 09:18 PM

Saja throwback. Sebab tu org tua kata rezeki jgn ditolak.
kredit @red_velvet
1000137222.jpg
Quote doubleA 4-7-2025 09:23 PM
Takde siapa akan cakap apa kalau acik dhar dah tak kerja dalam keadaan kesihatan susut, umur pun dah tahap warga emas. Anak2 belajar tu bukan anak tu umur 10-15 tahun pun dah 36-38 tahun pun buat bapak susah hati lagi. Dah hujung 30an belajar asasi dan degree apa korang buat umo 18-35 tahun lalu?
Quote dani-rox 4-7-2025 09:24 PM
“Syarikat produksi yang diusahakan dah 3 tahun tidak aktif. Bila tiada tawaran kerja, tiadalah pendapatan. Macam mana nak bayar rumah, anak-anak saya masih belajar

Hasil gugel:

Dharma kini tinggal bersama Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).



komen anak lak:

Tapi inilah dugaan kami dengan macam-macam masalah nak hadapi, tapi tak apa setiap masalah ujian saya untuk berjaya dan terus berusaha agar dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran agar satu hari nanti dapat kerja yang proper (sempurna)


Dlm pada kau berusaha nak dpt keputusan cemerlang dan cari kerja gaji besar2, rakan sebaya dah nak pencen bang.

Aiyoohh family mcm ni pun ada ya
Quote Mary_jane 4-7-2025 11:12 PM
Kesian nya pakcik ni sampai jatuh kurus fikir nak kerja lagi. Moga terbuka lah hati anak2 dia buat kerja part time ke apa. Bukan budak pun lagi.
Quote Purplehaz 5-7-2025 01:15 AM
Salah bapaknya jua..x mengajar anak erti cari rezeki utk kelangsungan hidup berdikari. Skg dh terlewat nk lentur buluh tua.
Quote bambimo 5-7-2025 05:23 AM
Pertanyaan meols
Masa 18-35 depa ni buat apa?
Kalo nk belajar sgt aswara xde study mode on part-time basis kah
Quote red_velvet 5-7-2025 05:41 AM
Aku tak merendahkan aswara ek.. Tapi umur dah 36 tahun baru hegeh2 nk masuk 1st sem degree filem & tv je..  Lepas habis belajar umUr dah dekat 40 thn, ada ke company nak ambik fresh grad 40 thn kerja? Pastu mesti demand taknak position rendah dengan degree ko tu.. Hmm baik sekarang ni  ko mintak kerja kat mana2 production company yg da stabil & belajar dari bawah.. Banyak kot production Company yg da ada nama macam A Aida production, Suhan Movie, Metrowealth, Skop Production, Radius One etc.. Kalo ko ambik skill course kat Giatmara aku leh hadam jugak la lagi.. At least abih blaja buat bisnes sendiri pun income boleh tahan jugak..ko run production company apak ko sblum ni pun sendurina. Stopla jadi delulu, nak sangat buat degree filem pun buat jela part time. Dengan keadaan kewangan family ko sekarang ni, kerja lebih penting . Takkan sampai 2028 netizen nak bantu ko bayar sewa rumah??
Quote Kancilkering 5-7-2025 05:52 AM
check for  cancer…..sudden weight loss
appetite loss
or

Quote jas7512 5-7-2025 06:09 AM
Kau fail didik anak2 kau..bini dia mana ya..dah mati ke
Quote EriaDoritis 5-7-2025 06:20 AM
Dua dua serentak lak anaknya sambung belajar? Pelik pulak
Quote Kancilkering 5-7-2025 07:04 AM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DLr0Uw6hx57/?igsh=MWRuZmRpbWEyYms5aw==[/ig]


Quote sukacactus 5-7-2025 07:45 AM
Ko citer dah lama xdapat job
Dah kalo berlakon ko demand nak jd hero, mana maunya!
Kalau bkn lead dia tak nak
Teruskan la bermimpi satu family
Quote BlackpingU 5-7-2025 07:50 AM
Mary_jane replied at 4-7-2025 11:12 PM
Kesian nya pakcik ni sampai jatuh kurus fikir nak kerja lagi. Moga terbuka lah hati anak2 dia buat k ...

Bulu masing2 dah mcm berus dawai tapi bapak yg sara hidup dorang
Quote naina 5-7-2025 03:55 PM
Anak2 dia something wrong
Lagi2 yang laki..macam tak function sebagai lelaki sejati. Ke lambat matang
Kot ya pun umur 36/37 masih belajar, kerja lah juga. Belajar sebagai part time. Kerja sebagai hakiki. Dahla ASWARA.
Quote hmmlantakko 5-7-2025 07:12 PM
umur anak2 dh ptt bela bapak ni. ni mcm anak2 br sek rendh dgn rintihan bapaknya.
Quote dua_chzy 5-7-2025 10:27 PM
Meols tengok ada gak rekan artis pi melawat dia, macam Roy Azman tu. Mesti ada jugak menghulur.
Quote dua_chzy 5-7-2025 10:31 PM
Kalau berat tinggal 45kg, memang kena prepare la untuk menghadap kematian. Semoga dipermudahkan urusan dunia. Ntah camna la meka ni anak beranak. Dah la ambik kos kat Aswara. Job scope macam kecik ja. Nak bisnes sendiri, modal pun tadak sebab bukan orang kaya macam LMK tu yang bila2 boleh ngabiskan reta bapak suka hati dia ja berpeleseran berpoya2 sana sini.
Quote makciktijah 5-7-2025 11:04 PM
meluat betul baca dah tua bangka, tulang 4 kerat cukup, dgn dedua bujang, dok merintih takde duit sewa sampaikan mcm tuan rumah pulak kejam. bapak ko pelakon. so?? apa specialnya pelakon berbanding dgn orang susah lain dengan anak bersusun, ada yg oku, sakit memacam? nape bapak korang x suruh korang belajar lepas spm dulu?

gi la keje wei!

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055261 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top