CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang menggigil, Boeing 737 menjunam hampir 8,000 meter

3-7-2025 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2151| Komen: 15

 


TOKYO – Penumpang sebuah penerbangan Japan Airlines mengalami detik cemas apabila pesawat berkenaan menjunam tanpa dapat dikawal sebelum melakukan pendaratan cemas, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penerbangan JL8696/IJ004 yang beroperasi di bawah perkongsian dengan syarikat penerbangan tambang rendah, Spring Airlines Japan itu hilang altitud sejauh 7,924 meter dalam masa 10 minit, malam Isnin lalu.

Pesawat Boeing 737 itu membawa 191 penumpang dan kru dari Shanghai ke Tokyo sebelum ia dilencongkan ke Osaka sejurus pukul 9 malam (waktu tempatan).

Klip video dimuat naik di media sosial menunjukkan penumpang cemas selepas pesawat berjaya mendarat, dengan topeng-topeng  oksigen tergantung.

“Pesawat mula menjunam sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan) dan jatuh ke ketinggian 3,000 meter dalam masa hanya 20 minit,” kata seorang penumpang.


Japan Airlines dalam satu kenyataan berkata, pada 30 Jun lalu, penerbangan JL8696 mengalami kerosakan pada sistem tekanan kabin.

“Selaras dengan prosedur kecemasan, penerbangan itu terpaksa turun pada ketinggian yang selamat. Adalah penting untuk menjelaskan bahawa penyahmampatan pantas tidak berlaku,” katanya.

Punca sebenar insiden itu masih disiasat, manakala tiada penumpang atau anak kapal yang cedera. – AGENSI


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 3-7-2025 06:32 PM
Masalah boeng 737 ke? Atau biase je sebenarnya benda ni jadi?
Quote JahLupa 4-7-2025 01:00 AM
Aku baru masuk awan kejap je dah gelabah perut. Kalau gini x tau la pitam terus agaknye
Quote Radzor 4-7-2025 01:32 AM
Edited by Radzor at 4-7-2025 01:59 AM
Minami2013 replied at 3-7-2025 06:32 PM
Masalah boeng 737 ke? Atau biase je sebenarnya benda ni jadi?


kalau ikut news tu sebab masalah tekanan cabin. turun laju sebab masalah tekanan mmg part of procedure.  tiap tahun mmg kena practice emergency descend ni dalam simulator. sbb oxygen generator untuk penumpang 737 boleh supply dlm 12 minit je.
Quote ninja boy 4-7-2025 01:50 AM
1 minit 792m, 1 saat turun 13m atau 4 tingkat rumah, rasa perut tertinggal naik roller coaster
Quote L.U.S.M 4-7-2025 09:01 AM
Radzor:  Edited by Radzor at 4-7-2025  ...


Ye betul..aku tny aircraft technician pun dia ckp mmg itula sepatutnya seorang pilot buat dlm keadaan kecemasan..otherwise xde udara n kapal blh keronyok mcm plastik botol tu kat atas awan..kira pilot jepun ni hebat gk la..amik risiko turun menjunam demi selamatkan 1plane
Quote KamikuP 4-7-2025 09:04 AM
kUDOS to the pilot.. give him a rise eh raise
Quote IzzahF 4-7-2025 09:11 AM
aduiii ai tak bole la baca news gini haha. aiols kena turbulence time masuk air pocket time hujan tu pun mak aihhh nak luruh jantung rasanya
Quote BungaKencana 4-7-2025 09:15 AM
baca pun da debar... kalau aku dlm situasi tu tak tahu la..
Quote AbukRokok 4-7-2025 09:36 AM
yang kuat tipu berhutang xbayor semoga kapal terbang dinaiki terhempas ke dalam lautan hindi ala ala MH370 masa otw ke maldives. Amen.
Quote shernazz 5-7-2025 08:15 AM
ninja boy replied at 4-7-2025 01:50 AM
1 minit 792m, 1 saat turun 13m atau 4 tingkat rumah, rasa perut tertinggal naik roller coaster

Bayang naik solero genting mcm ni..huhu
Quote Dwdrum 5-7-2025 09:29 AM
Idea future design untuk commercial fleet built escape pod... Maybe pilot and co pilot kena deploy parachute sendiri... Design hanya untuk passenger and cabin crew saja

tQ4G4YAimN6274Hs8BBx4fepqMep4LaVFMA_JW2IZ80.jpg
Quote cm_vungtau 5-7-2025 09:38 AM
Macam naik Tower of Terror kat Disneysea Orlando. Cam nak tercabut jantung masuk ke perut
Quote wikedsaikel 5-7-2025 10:02 AM
Dwdrum replied at 5-7-2025 09:29 AM
Idea future design untuk commercial fleet built escape pod... Maybe pilot and co pilot kena deploy p ...

Pernah baca idea ni lama dulu. Munkin engineer dapati ni tak executable kot.
Quote emma.giggs 5-7-2025 12:31 PM
Naik kapal terbang dh byk isu, naik bus dh byk isu, kete apatah lg, tinggal train aje ni.
Quote ^CUN_GILA~. 5-7-2025 01:07 PM
Kesiannya..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.043976 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top