CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

20 tahun penjara, P. Diddy bersalah dua tuduhan pelacuran

3-7-2025 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 902| Komen: 16

 


KEHIDUPAN mewah dan glamor yang sinonim dengan penyanyi rap terkenal, P. Diddy kini bertukar menjadi detik gelap apabila didapati bersalah atas dua tuduhan pelacuran berkaitan bekas teman wanitanya, Cassie Ventura dan seorang wanita dikenali sebagai Jane.

Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat bagaimanapun dibebaskan daripada tiga pertuduhan lebih serius iaitu pemerdagangan seks terhadap dua individu dan konspirasi jenayah terancang.

Mahkamah juga menolak permohonan ikat jamin P. Diddy, 55, sekali gus mengheret penyanyi I’ll Be Missing You itu ke Pusat Tahanan Metropolitan di Brooklyn, Amerika Syarikat sementara menunggu hukuman.

Hakim Arun Subramanian membuat keputusan selepas pihak pendakwaan membangkitkan risiko P. Diddy melarikan diri serta kemungkinan mengganggu saksi-saksi penting dalam kes berprofil tinggi tersebut.

Diddy turut berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, iaitu 10 tahun bagi setiap pertuduhan, jika disabitkan sepenuhnya.


Perbicaraan selama tujuh minggu mendedahkan dakwaan bahawa P. Diddy memaksa dua bekas pasangan romantiknya iaitu penyanyi R&B, Cassie Ventura, menyertai aktiviti seksual ekstrem dikenali sebagai ‘Freak Offs’ bersama pekerja seks lelaki, sambil dia bertindak menonton dan merakam perlakuan tersebut.

Walaupun pihak pembelaan mengakui terdapat unsur keganasan dalam hubungan peribadi P. Diddy, mereka menegaskan segala aktiviti seksual yang berlaku adalah atas dasar suka sama suka.

Sebelum ini, selebriti kontroversi itu dilaporkan mengalami masalah depresi susulan penahanannya sejak September 2024.

Sumber dalaman turut mendedahkan bahawa dia telah menjalani rawatan khusus bagi mengurangkan tekanan dan memantau tahap kesihatan mentalnya.

P. Diddy dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan tersebut selepas hukuman dijatuhkan nanti.

Pada 16 September lalu, P. Diddy ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan. Susulan penahanan tersebut ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa perbuatan kejinya termasuk, Justin Bieber, Usher, Jaden Smith dan Meek Mill. Diddy bagaimanapun tidak mengaku atas semua tuduhan berkenaan.


Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Insomniac 3-7-2025 04:27 PM
Padan muka. U deserve it
Quote Insomniac 3-7-2025 04:29 PM
Tp lagu ill be missing u dan i need a gal ttp mjd pujaan hati. Hahaha
Quote JahLupa 4-7-2025 01:00 AM
Sikit nau tu
Quote lasagna 4-7-2025 08:35 AM
finally! tu diaaaa 20 taon mmg smp ke tua laa ko ke dalam.
umur smp 75 taon.. kalau pjg umur hidup lagi, or else umur tak pjg kojol awal.
Quote BungaKencana 4-7-2025 09:39 AM
kt dlm penjara agaknye lg party... saling toron menoron
Quote prince_marhaen 4-7-2025 09:45 AM
punya la banyak kes & bukti, dua ni je yang sangkut...berpuluh seleb pun terlibat sama parti2 liar PD ni tak kena apa2 ke? yang bawak masuk budak2 & artis underage semua tu? ke sebab mangsa / artis tu tak buka kes eh?
Quote KamikuP 4-7-2025 10:34 AM
Keluar jel nnti bole join podcast Soeb.. ekekekek
Quote babelina 4-7-2025 10:40 AM
mgkn ramai yg takut nk jadi saksi.. ye la.. PD punya org ramai kt luar tu.. ataupn mangsa2 dh di bayar tutup mulut.. so hukuman tu asal bole dh la..
Quote Yoonggi 4-7-2025 01:44 PM
Pendek sgt laaa hukuman dia. Patut lg lama sbb apa dia buat tu mmg heinous sgt.
Quote marchikobonzo 4-7-2025 02:18 PM
Nt lagi ramai la come out lepas ni kalau dia dah sangkut. Sebelum ni ramai takut nak report sb takut dengan dd punya power
Quote Weller 4-7-2025 04:49 PM
ramai us podcasters yang follow tak tak puas hati sangkut kes ringan je. yang berat tak.


ada yang theory jury berat kat famous people jadi "baik" sikit nak kasi verdit. cer tukar black miskin, max hukuman kot, dia kata.
Quote Freezies 4-7-2025 08:15 PM
Hebat jugak loyer putar belit kenyataan.
Quote Page88 6-7-2025 10:08 AM
Finally he deserves it.
Quote Gianna111 13-7-2025 10:00 PM
agak agak korang dia ni dengan JLO ada agreement tak? sebab JLO chil chil je aku tengok..
Quote pet_ayut 17-7-2025 07:43 AM
die ni tak hensem langsung...meluat tengok
Quote alesandra 17-7-2025 11:44 AM
tgk  lakonan semula prosiding kes ni kat prime kesian betul aku kat cassie tu

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058375 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top