CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM akui ‘beban’ tinggi di Hospital Sungai Buloh punca kelewatan rawatan

3-7-2025 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4285| Komen: 71

 


PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tampil memberikan penjelasan susulan penularan gambar dan aduan orang awam berkenaan kesesakan di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Sungai Buloh pada 30 Jun lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, KKM memaklumkan seramai 158 pesakit telah hadir ke klinik berkenaan pada hari tersebut dan dikendalikan oleh tiga pakar serta tiga pegawai perubatan yang bertugas mengikut jadual serta kapasiti sedia ada.

Menurut KKM, angka yang tular melebihi 300 orang dipercayai turut merangkumi ahli keluarga dan penjaga pesakit.

“Ini adalah amalan biasa di fasiliti kesihatan awam, khususnya bagi warga emas dan kanak-kanak. Kami memahami kesulitan yang dihadapi pesakit dan keluarga, terutama berkaitan masa menunggu.

“KKM sedar beban kes di hospital rujukan seperti Hospital Sungai Buloh adalah tinggi dan usaha penambahbaikan sedang dijalankan secara berterusan untuk memperbaiki aliran pesakit,” jelas KKM.


Terdahulu, tular di media sosial mengenai keluhan beberapa orang awam di klinik tersebut yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 3-7-2025 04:01 PM
And yet muntri kkm masih in denial dan syok sendiri. Tak peduli apa doktor yg kena layan pesakit punya beban
Quote aryyan 3-7-2025 06:25 PM
rsnya sbb tight budget kkm.
xleh nk hire more staff.
kkm ni direct hiring ka mlalui JPA/ SPA tu?
Quote honeybee1802 3-7-2025 06:30 PM
Mak aih... 3 org je mo ortho.. 1 specialist..
Quote naina 3-7-2025 06:35 PM
Kerajaan kena bertindak segera dari sekarang la pasal perubatan negara ni. Kalau tidak, lama2 takda sapa nak jadi doktor gomen. Dahla pesakit makin banyak,beban bertimbun, gaji ciput. Sapa je sanggup. Belajar tinggi2 spttnya gaji tu selesa la dgn pangkat dan masa diberi. Banyakkan lagi benefit baru staff tak lari ke swasta.
Quote ninja boy 3-7-2025 06:56 PM
Bangla lulusan farmasi open illegal rumah sakit utk wargasing
Quote per706 3-7-2025 07:04 PM
Kerajaan pon x nak jaga doktor elok2..sian belajar penat,bukn kejap2,aleh2 nk dpt jadi permanent pon tidak. Padahal doktor bukn ckup pon..kdg bila baca kes khilaf doktor ni aku ade simpati jugak..they are human tu..ade perasaan,tau penat..at least depa da belajar sush2 tu appreciate la..

Graduan2 doktor kita bukn x bijak,tpi x dilayan sewajarnya.sudahnya "lari" ke luar .kerjaya lebih terjamin..dgn rehat x ckupnya... entahla,Allah je la yg dpt balas jasa depa..Aamin Allahumma Aamin
Quote ifanonline 3-7-2025 08:01 PM
kerajaan tak jaga para doktor kita, ramai yg berhijrah ke swasta atau negara lain yg mempunyai work-life balance...gaji tinggi pun kalau takde work-life balance tak guna juga
Quote asmurai 3-7-2025 08:02 PM
Alaa.. rakyat pun tak mau jaga diri supaya tak sakit. Accident la, terpeleot sebab main bola, main ragbi, main hoki.. mana la taknpenuh klinik ortopedik.
Quote PULANGKAN 3-7-2025 08:28 PM
bukan hospital ni je, hospital lain pun sama problem

last year teman orang pergi ortho. tengah2 nangis tahan sakit, tak dapat jumpa doktor pun. nurse buat appointment sebulan kemudian. SEBULAN KEMUDIAN.

last2 kawan iols pegi klinik swasta, cucuk painkiller. pastu malam berubat kampung, cari orang mengurut badan. tak tahan sakit sangat katanya
Quote sapeka 3-7-2025 08:48 PM
Teruknya
Quote nutcrack8 3-7-2025 08:53 PM
Tarik subsidi gula.
Nak manis baya cukai.

Haramkan vape.

Hospital da terbeban. Dokter nurse da xde.
Nk tunggu collapse ke?

Semua xde kesedaran. Do something!
Quote Purplehaz 3-7-2025 09:00 PM
Boleh dah buka quota pekerja asing utk sektor kesihatan..import dari filipin, indonesia. Cuba dulu.
Quote mejaputih 3-7-2025 10:02 PM
naina replied at 3-7-2025 06:35 PM
Kerajaan kena bertindak segera dari sekarang la pasal perubatan negara ni. Kalau tidak, lama2 takda  ...

betul...dah la belajar gile susah, cost pun tinggi, period of study lg panjang dari course lain, byk pengorbanan dan keje melibatkan nyawa org lain, end up gaji tak setimpal dan secara kontrak shj...sape yg tahan.
Quote Myhappyending 3-7-2025 10:12 PM
Baik sungguh specialist tu sbb masih stay di hospital gomen. Tahniah! Semoga Allah membalas jasamu
Quote bbasir 3-7-2025 11:26 PM
malaysian ni, kalau bab beratur 30jam untuk makan makanan sampah ok je... tp lewat ckit dekat hospital dah mcm beruk mati suami
Quote mrsLucky 3-7-2025 11:47 PM
Sekarang ramai terpaksa pi gomen sebab tak mampu pi klinik atau hospital swasta...kena tunggu berjam jam...
Quote mrsamz 4-7-2025 12:04 AM
Tambah pulak sst implement kat sepital swasta.. Makin mencanak perginya fees
Quote grouper 4-7-2025 12:43 AM
Harap buka cawangan kkm untuk perubatan alternative ni. mcm kes Ortho ni kalau p mana2 umah bomoh patah kat belakang umah depa bertimbun cast org patah yg bomoh ni buka..mmg yg jumpa bomoh patah ni lagi cepat sembuh dari buat kat hospital
Quote Radzor 4-7-2025 12:46 AM
nak kurangkan beban nanti harap memteri tak naikkan fee hospital gomen la

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.041383 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top