CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Permaisuri Norashikin lancar Kapal Tempur Pesisir (LCS) Raja Muda Nala

3-7-2025 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1984| Komen: 22

 


LUMUT – Kapal Tempur Pesisir (LCS) 2 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilancarkan hari ini dan diberi nama Raja Muda Nala.

Upacara penamaan dan pelancaran kapal itu disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sambil disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada majlis itu, baginda berdua menyaksikan simbolik pelancaran LCS 2 di mana sebuah kendi berisi air yang dibaca surah Yasin dari sembilan buah masjid dari sembilan daerah di Selangor dilepaskan ke dinding haluan kapal.

Majlis berlangsung di Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn. Bhd. (LUNAS) di Pangkalan TLDM Lumut, di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar.

Sementara itu, Adly ketika membacakan teks ucapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, LCS 2 adalah simbol kebanggaan negara kerana merupakan kapal kelas frigat pertama yang dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, LUNAS.

Katanya, proses pembinaan kapal itu bermula dengan majlis perletakan lunas atau ‘keel laying’ pada 28 Februari 2017.

“Dalam landskap keselamatan serantau dan global yang semakin kompleks, peranan TLDM kini semakin mencabar.

“Justeru, perolehan ini merupakan sebahagian daripada perancangan strategik TLDM dalam memperkukuh kesiapsiagaan armada menerusi pemilikan aset berteknologi tinggi, berkemampuan tempur dan berkeupayaan melaksanakan pelbagai operasi maritim demi mempertahankan kedaulatan perairan negara,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, nama Raja Muda Nala dipilih sempena nama anakanda Sultan Selangor pertama, Raja Muda Nala Shah Sultan Salehuddin Shah.

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 3-7-2025 06:26 PM
Edited by tumpanglalu74 at 3-7-2025 06:27 PM

Tradition kene pompuan yang launch..  
Quote JahLupa 4-7-2025 01:02 AM
Tengku permaisuri bagi speech kejap je tapi aura pembaca berita tu masih ade ye..
Quote B40tastePosh 4-7-2025 02:07 AM
Edited by B40tastePosh at 4-7-2025 02:09 AM

Raja Muda Nala ni ooyang moyang aku sebelah Raja Busu Safiah.

Al Fatihah Leluhur Melayu Bugis ku

Quote Piramida 4-7-2025 06:23 AM
tumpanglalu74 replied at 3-7-2025 06:26 PM
Tradition kene pompuan yang launch..

Oooo paham.... baru nak tanya awat dia yg lancar sedangkan Sultan pun hadir.
Quote venom1 4-7-2025 07:00 AM
air yasin 9 buah masjid..ni tradisi ke atau ada hadis yang menyokong perbuatan ni?
Quote prince_marhaen 4-7-2025 09:57 AM
venom1 replied at 4-7-2025 07:00 AM
air yasin 9 buah masjid..ni tradisi ke atau ada hadis yang menyokong perbuatan ni?

Sejak dulu tradisi sahaja, semua tamadun & bangsa tradisi dia wanita yang rasmikan kapal besar for 'luck'.
Diorang akan pecahkan sebotol champagne dekat depan kapal. Dia macam official ceremony sahaja, tak libatkan agama pun.

Ingat tak kisah mitos Lanchang Kuning, kapal terbesar dunia Melayu dulu, alasan 'seulas nangka' tu untuk korbankan wanita masa pelancaran kapal tu...tradisi tu dah lama, ada yg korban, ada yg ikat pompuan depan kapal, ada yang bubuh sangkar letak perempuan kat muncung kapal.. kapal Melayu, jong Cina, kapal Viking semua2 tu lah.

So, simbolik je ni, kita gantikan dengan air yassin dan doa2 gittew. 'Luck' tu dah bukan priorities.

The tradition of having a woman launch a ship, often by breaking a bottle of champagne on its hull, is a long-standing custom with roots in ancient times and modern naval practices. It's a symbolic act that is believed to bring good luck and protection to the vessel and its crew.






Here's a more detailed look:


  • Ancient Origins:
    Some sources suggest the tradition dates back to ancient Greek and Phoenician civilizations, who believed that a proper christening ceremony, involving a woman, was necessary to appease the sea gods and ensure safe passage.







  • Modern Naval Practice:
    In modern times, the tradition is seen as a way to honor women's contributions to maritime history and the vital role they play in the industry, both past and present.







  • The "Godmother":
    The woman who launches the ship is often referred to as the "godmother" and can act as a patron for the ship's crew during its service.







  • Symbolism:
    The act of breaking a bottle of champagne on the hull is a key part of the ceremony and is seen as a good omen, with a failed attempt considered bad luck.







  • Diverse Participants:
    The "godmother" can be a member of royalty, the wife of a prominent figure (like a prime minister or defense minister), or someone with a special connection to the ship or the company operating it.







  • Beyond Symbolism:
    The tradition also recognizes the vital role women have played in the maritime industry, from those working in shipyards to those serving as captains and engineers.







Quote venom1 4-7-2025 10:09 AM
prince_marhaen replied at 4-7-2025 09:57 AM
Sejak dulu tradisi sahaja, semua tamadun & bangsa tradisi dia wanita yang rasmikan kapal besar for ...

Noted. Thanks for the information
Quote imthegirl 4-7-2025 10:15 AM
prince_marhaen replied at 4-7-2025 09:57 AM
Sejak dulu tradisi sahaja, semua tamadun & bangsa tradisi dia wanita yang rasmikan kapal besar for ...

Maksud dulu dulu dorang korban kan perempuan ke?
Quote prince_marhaen 4-7-2025 10:31 AM
imthegirl replied at 4-7-2025 10:15 AM
Maksud dulu dulu dorang korban kan perempuan ke?

Ye, korban dalam konteks 'honor' atau macam kira kau bawak tuah lah kalau kau terpilih jadi korban... hahahahaha
Then modern naval tradition tukar korban kepada ukiran patung wanita diikat depan kapal, dan tukar kepada tradisi wanita yang rasmikan kapal baru, pecahkan botol champagne dekat muncung kapal simbolik redahan pertama kapal tu dekat laut.



Quote imthegirl 4-7-2025 10:37 AM
prince_marhaen replied at 4-7-2025 10:31 AM
Ye, korban dalam konteks 'honor' atau macam kira kau bawak tuah lah kalau kau terpilih jadi korban ...

I see
mujur la acik tak lahir zaman dulu dulu
Quote supernaturalee 4-7-2025 11:28 AM
mother ship
Quote ctaz 5-7-2025 01:10 AM
lancar2..hujung2 jadi kapal halimunan...
Quote noor2 5-7-2025 06:09 AM
Tradition yg bercanggah dgn Islam...bawak tuah?...
Quote begg 5-7-2025 01:28 PM
Yang kuin silver rasmi dulu dah boleh start enjin belum?
Quote krustykrab 5-7-2025 03:50 PM
Dulu2 pun pernah acik rossy pink launch kapal jugak kan? Org ramai bising. Yg ni tak mau bising jgk ke?
Quote kakikuDibibirmu 5-7-2025 05:12 PM
Nala Karrupan tersenyum sinis
Quote Firenzza 5-7-2025 07:38 PM
kakikuDibibirmu replied at 5-7-2025 05:12 PM
Nala Karrupan tersenyum sinis {:mlwa: ...

Baru nk tanya soklan sejak bila nala jd raja? Tp dia byk pegang rahsia tau
Quote Mahathirina 5-7-2025 08:49 PM
prince_marhaen replied at 4-7-2025 09:57 AM
Sejak dulu tradisi sahaja, semua tamadun & bangsa tradisi dia wanita yang rasmikan kapal besar for ...

Dahsyatnya..
Quote dekmieDandy 7-7-2025 08:28 AM
atas tu dah buat betul ke guna kayu lagi

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.087769 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top