CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hadiahkan gelang emas, Abby Abadi rindu Marissa yang dulu

3-7-2025 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1986| Komen: 20

 


“Mama rindu adik yang dulu.”

Itu antara ucapan dititipkan pelakon dan usahawan, Abby Abadi sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Marissa Dania ke-20 semalam.

Menurut Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, dia menyifatkan Marissa sebagai anak yang sukar dijangka.

“Selamat hari lahir Marissa, anak yang baik tetapi penuh dengan teka-teki dan sukar untuk dijangka, inilah dia.

“Cepat sangat anak mama membesar. Mama, abah dan adik-beradik sangat sayang serta rindu adik yang dulu,” katanya dalam Instagram semalam.

Abby juga mendoakan agar Marissa menjaga keperibadian dan kuat berdepan sebarang dugaan.

“Terus kuat dan terhebat dijalan-Nya. Solat, aurat dan ikhtilaf terus jaga okey.

“Semoga anak mama kaya dan berjaya dunia akhirat. Sambut kecil-kecilan dahulu.

“Nanti kita tunggu papa yang kaya itu balik dari Sarawak kita sambut lagi okey,” katanya lagi.


 

Dalam video sama, Abby dilihat membuat kejutan dengan sebiji kek dan menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada Marissa.

Rata-rata netizen mengakui berasa sebak menonton video tersebut dan mendoakan agar hubungan dua beranak itu kekal baik tanpa sebarang masalah seperti yang berlaku sebelum ini.

Pada April lalu, Abby mencuri perhatian ramai apabila lantang bersuara dalam media sosialnya berkaitan hal keluarga termasuk menyangkal kenyataan suami Marissa iaitu Mohd Aslam yang mendakwa sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sebelum ini.

Kontroversi tersebut tercetus apabila Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.

Tidak menunggu lama, Marissa membuat kejutan bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang berantakan hampir dua minggu.

Terdahulu, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Pernikahan tersebut menjadi bualan netizen kerana berlaku tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak termasuk isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan. 

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 3-7-2025 04:29 PM
ikhtilaf tu apa
Quote nazriatie 3-7-2025 08:44 PM
airmineral replied at 3-7-2025 04:29 PM
ikhtilaf tu apa

Jaga pandangan
Quote doubleA 3-7-2025 11:51 PM
Yebi masih bitter dengan selam. Nak buat camana tu la yg markisa anak ko rebutkan sampai redah lautan api
Quote MisXoXo 4-7-2025 12:13 AM
Dia ni kalau ckp suka perli2.sinis.masa dia pas dulu.lagi benci betul.ayat sinis giler..last2 yg ko siniskan juga ko hadap.annoying
Quote Orenn1 4-7-2025 01:00 AM
Dulu masa jadi muslimah Pas bukan main watak setazah abby. Masa tu taknak jogettt sekarang dah rap kangkang kaki lol masa tu duk angkat anak tak henti. Ujung2 anak kanngkang bagi phukeyy kat jantan diunur belasan tahun huh sbb tu cakap jgn mcm dah pegang kunci sorga phuiii
Quote makcun14 4-7-2025 02:38 AM
“solat aurat dan ikhtilaf kena jaga “ dia pesan tapi baru beberapa malam lepas  terkinja kinja diatas pentas dan kejap lagi buat lagi
Quote bungalisa 4-7-2025 10:01 AM
hadapla marissa, kalau ini jalan yg ko pilih.. hadapilah sampai tua... nanti bile ko ade anak... anak ko pulak kene kecam... pikirla jauh2 dik... amik iktibar kes ahmad dhani n ratu... kesian anak2 dik...  jgn sebb nafsu .. lautan sanggup kuredahi.. tapi ingat.. bukan ko redah berdua dengan aslam.. dengan keturunan2 ko sekali ko kena bawa bersama2 redah.. selfish kan!!
Quote prince_marhaen 4-7-2025 10:24 AM
anak dah macam sundal pun dok agung2kan lagi.... yang tak berapa lawa & anak2 angkat yang biasa2 tu jarang kau share kan...
Quote KamikuP 4-7-2025 10:53 AM
Arbaiyah dgn Linda Rafar dua2 penonggeng ugama
Quote dua_chzy 4-7-2025 10:54 AM
Baru 20 tahun rupanya Marissa ni. Muda sangat lagi.
Quote dua_chzy 4-7-2025 10:54 AM
Btw bertabah la dengan perangai anak nombor 2.
Quote zuriey 4-7-2025 10:55 AM
Nak bt mcm mana dah jadi penyondol pun.gelaran itu akan di bawa sampai mati
Quote L.U.S.M 4-7-2025 06:43 PM
makcun14: “solat aurat dan ikhtilaf ken ...


Hahaha aku br nk ckp benda sama
Quote LadyCarefree 4-7-2025 09:55 PM
Sebagai ibu, Yebbi sedihlah anak dia bagaikan sia2kan hidup dia sedangkan Merisah boleh ada kehidupan yg lebih baik.
Quote jihyomelly 4-7-2025 10:35 PM
baru 20 thn ke budak nih..patut la yebby merentan tumpang bangga anak tiri graduation aritu…apa kan daya demi selam lautan api markisah sanggup selam
Quote noor2 4-7-2025 10:39 PM
makcun14 replied at 4-7-2025 02:38 AM
“solat aurat dan ikhtilaf kena jaga “ dia pesan tapi baru beberapa malam lepas  terkinja kinja dia ...

Kannnn.....dia sendiri x jaga aurat
Quote prince_marhaen 7-7-2025 12:36 PM
dua_chzy replied at 4-7-2025 10:54 AM
Baru 20 tahun rupanya Marissa ni. Muda sangat lagi.

sedangkan masa underage dah checkin OYO dengan si selam...hihihihi...
Quote black_handbag 7-7-2025 05:00 PM
Baru 20 tahun. Kalau budak lain tgh gigih study lagi masa ni. Jauh lg perjalanan, harap merisa sambung la belajar
Quote jalfa 7-7-2025 05:12 PM
Mak bapak berduit tapi x nak amik peluang belajar tinggi tinggi upgrade diri...cantik campur bijak mmg byk peluang sakau anak orka...ni selam yg anak berderet tu yg di damba selam tu sesuai dah dfn bini penyet dia tu

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.040099 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top