CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putra Heights: Kerajaan Selangor tidak campur tangan siasatan

3-7-2025 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 757| Komen: 5

 


CYBERJAYA- Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan pihaknya tidak pernah masuk campur dalam siasatan insiden letupan paip gas di Putra Height sebaliknya siasatan dibuat secara bebas dan telus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dalam kes berkenaan, kerajaan negeri hanya bertindak sebagai saksi.

Beliau berkata, pihaknya akui ada pihak yang mempertikai laporan penuh siasatan itu selain turut mendakwa fakta siasatan di putar belit.

“Kerajaan negeri tidak terlibat langsung, malah mereka (pasukan penyiasat) memanggil kami sebagai saksi dan semua saksinya ada 212 orang.

“Antara saksi dipanggil termasuk pihak berkuasa tempatan, pemaju projek berdekatan, pengawal keselamatan, pengendali jenkaut dan pegawai Petronas.

“Kalau nak tengok secara teliti (laporan siasatan) bolehlah dan boleh semak. Tidak perlulah nak buat (siasatan) lagi A to Z dan kita tak perlukan lapan bulan lagi kan,” katanya pada Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian) di sini, hari ini.


Pada masa sama, Amirudin berkata, laporan penuh hasil siasatan insiden itu akan dibuka kepada umum untuk semakan selepas mendapat kebenaran pihak bertanggungjawab.

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 4-7-2025 11:02 AM
hmmmmmmmmmmmm ye ke
Quote Buritan 4-7-2025 12:41 PM
nisako replied at 4-7-2025 11:02 AM
hmmmmmmmmmmmm ye ke

Buang aje la mat ni....
Quote Skuau 4-7-2025 03:29 PM
"sama la abang....saiya pon tada campul la"-Bangla
Quote asfaz 4-7-2025 04:10 PM
Aikkkk..bukan dia dlu awal2 dah bgi statement?
Quote kemaruk 4-7-2025 05:14 PM
Trust me bro

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2025 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.110162 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top